Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Expansion DLC Black Myth: Wukong Kini Dalam Pembangunan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2024
in Action, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, PC, PS5, Steam
0 0
0
Expansion DLC Black Myth: Wukong Kini Dalam Pembangunan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memecahkan rekod demi rekod di semua platform, hari ini kami dapat pengesahan bahawa Black Myth: Wukong ciptaan Game Science sedang mengusahakan expansion DLC besar.

Info ini diambil daripada temu bual Bloomberg bersama Daniel Wu dari Hero Games, iaitu pemegang saham luar terbesar bagi Game Science. Walaupun butiran tepat tidak didedahkan, laporan mengatakan bahawa expansion Black Myth: Wukong akan mengikut cara yang sama seperti Elden Ring.

Kredit: Game Science

Daniel Wu, CEO Hero Games berkata:

“Ia tidak akan mengambil masa enam tahun lagi untuk babak seterusnya yang dirancang sebagai siri berdasarkan mitologi Cina – namun itu tidak akan menjadi sekuel. Game Science sedang mengusahakan expansion untuk Wukong, yang akan memberinya peluang untuk mengewangkan game itu untuk kali kedua. Elden Ring pada 2022, judul dengan gaya permainan dan reka bentuk yang serupa, telah menunjukkan bagaimana keluaran expansion — Shadow of the Erdtree tahun ini — boleh menarik jualan baru daripada original.”

Kredit: Game Science

Bukan itu sahaja, laporan Bloomberg juga mendedahkan jumlah keuntungan yang diperoleh oleh Black Myth Wukong.

Sebanyak 18 juta salinan telah dijual dalam masa dua minggu di PC dan PlayStation 5 sahaja, yang menjana keuntungan lebih USD $700 juta setakat ini. Itu sudah cukup untuk mengelar Black Myth Wukong sebagai salah satu game paling terlaris sepanjang zaman bersama Grand Theft Auto 5 dan Call of Duty: Modern Warfare 2.

Kredit: Game Science

Dalam tweet susulan, Daniel Ahmad, pengarah penyelidikan di Niko Partners, berkata angka $700 juta sebenarnya bertarikh 30 Ogos, dan Black Myth Wukong kini mencecah angka USD $800 juta. Ini adalah jumlah hasil yang menakjubkan memandangan game ini mengambil sebanyak USD $70 juta untuk dihasilkan dalam tempoh enam tahun.

Just a quick note that the $700m figure quoted in the article is from our estimate dated August 30. It’s around $800m now.

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) September 5, 2024

Bagi mereka yang berminat, Black Myth: Wukong kini tersedia untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tags: Black Myth: Wukong
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ASTRO BOT – Pengembaraan Lagi Epik Bersama Francais PlayStation!

Next Post

Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!

Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd