Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alami Kuasa PlayStation Dalam Astro Bot: Terokai Dunia Penuh IP Ikonik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2024
in Adventure, Artikel, Berita, Platformer, PS5
0 0
0
Alami Kuasa PlayStation Dalam Astro Bot: Terokai Dunia Penuh IP Ikonik
Share on FacebookShare on Twitter

Platformer terbaru Team Asobi, Astro Bot, bersedia untuk menyampaikan pengalaman PlayStation yang tiada tandingan apabila ia dilancarkan pada 6 September untuk PS5. Judul eksklusif ini menjanjikan untuk membawa pemain dalam pengembaraan imaginatif yang indah bersama wira robotik menawan, Astro, sambil mempamerkan keupayaan unik perkakasan PlayStation.

Kredit: PlayStation

Salah satu ciri menonjol dalam game ini ialah penteryaan lebih 150 IP ikonik daripada pelbagai game klasik. Watak yang disayangi ini dioleh semula sebagai Bot istimewa, masing-masing mewakili watak kegemaran peminat. Semasa pemain maju dalam permainan, mereka akan menemui dan menyelamatkan watak yang disayangi ini, menambahkan perasaan nostalgia di dalam dunia game yang mendalam.

Kredit: PlayStation

Bot istimewa bukan sekadar muncul sahaja. Pemain boleh memperoleh item eksklusif untuk watak ini di Gatcha Lab di Crash Site, iaitu pangkalan sementara para Bot. Setiap putaran Gatcha berharga 100 syiling, jadi mengumpul syiling itu amat penting sepanjang pengembaraan. Apabila dilengkapi dengan item unik mereka, Bot melakonkan semula aksi atau adegan ikonik daripada game original mereka.

Kredit: PlayStation

Membawa gameplay lebih jauh, Astro Bot membolehkan pemain berubah menjadi Bot tertentu dan menggunakan abiliti mereka di planet bertema. Sebagai contoh, pemain boleh menjadi Kratos di planet Bot of War, menggunakan Leviathan Axe untuk mengatasi halangan dan cabaran. Astro Bot memperkenalkan pelbagai abiliti menarik yang menambah lapisan kepada gameplay:

Twin-Frog Gloves: Sarung tangan tinju bertemakan katak ini membolehkan Astro berayun ke platform yang lebih tinggi menggunakan lidah katak dan menyerang musuh yang jauh.

Kredit: PlayStation

Elephant Watering Can: Gajet berbentuk gajah ini menyerap slime dan madu, yang boleh dikeluarkan oleh Astro semasa melompat untuk mencipta platform sementara bagi bergerak ke atas.

Kredit: PlayStation

Mouse Shrinker: Abiliti ini mengubah Astro menjadi tikus kecil, membolehkannya melalui lubang kecil dan terapung ke kawasan yang lebih tinggi menggunakan kipas.

Kredit: PlayStation

Time Stopper VR: Campuran beg galas berbentuk jam dan gogal VR, abiliti ini memperlahankan segala-galanya di sekeliling Astro, membolehkan navigasi tepat melalui persekitaran yang rumit.

Kredit: PlayStation

Transformation Sponge: Mungkin abiliti paling unik, Astro bertukar menjadi span yang boleh menyerap air untuk membesar, menghancurkan objek, mengaktifkan mekanisme, dan juga memadamkan musuh api dan lantai magma.

Kredit: PlayStation

Setiap level dalam Astro Bot direka dengan teliti untuk menyerlahkan ciri-ciri inovatif controller DualSense, menjanjikan pengalaman gaming yang benar-benar mengasyikkan.

Kredit: PlayStation

Bagi mereka yang ingin menyelami pengembaraan nostalgia ini, Astro Bot akan menganjurkan Launch Event di Sunway Pyramid dari 12 hingga 16 September. Pemain dijemput untuk menyertai perayaan dan merasai sendiri daya tarikan game ini.

Kredit: PlayStation

Walaupun banyak kejutan menanti anda semasa bermain, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini di laman web rasmi Astro Bot.

Tags: ASTRO BOTps5
ShareTweetSend
Previous Post

Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!

Next Post

[Khabar Angin] Sony Mendedahkan Rupa PS5 Pro Tanpa Sengaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Sony Mendedahkan Rupa PS5 Pro Tanpa Sengaja!

[Khabar Angin] Sony Mendedahkan Rupa PS5 Pro Tanpa Sengaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd