Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco Studios Malaysia bantu menjayakan Blue Protocol, game multiplayer ala anime baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, RPG, Steam, Tempatan, Xbox Series X|S
0 0
0
Bandai Namco Studios Malaysia bantu menjayakan Blue Protocol, game multiplayer ala anime baru
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, kami dapat berita bahawa Bandai Namco Studios Malaysia telah bantu dalam pembikinan Blue Protocol, sebuah game multiplayer RPG popular di Jepun.

Berita ini diumumkan melalui halaman Facebook Bandai Namco Studios Malaysia yang meluahkan rasa bangga untuk penglibatan dan pencapaian mereka bagi game ini. Bak kata mereka;

Blue Protocol yang dinanti-nantikan akhirnya dilancarkan! Selami dunia Regnas dan selamatkan planet ini! Kami berbangga kerana menyumbang kepada penciptaan Blue Protocol. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan atas kerja dan dedikasi mereka sepanjang tahun!

Bersama pengumuman itu, mereka turut memuat naik gambar yang menunjukkan setiap ahli yang terlibat serta jabatan pengkhususan mereka.

Kredit: Bandai Namco Studios Malaysia

Bagi mereka yang tidak tahu, Blue Protocol ialah multiplayer online action RPG yang dihasilkan dalam gaya cel-shaded ala anime. Dengan cerita yang mengasyikkan dan menarik, pilihan untuk customize sepenuhnya watak anda, dan lima kelas unik untuk dipilih semasa pelancaran, pemain boleh menjadi wira fantasi mereka sendiri.

Blue Protocol membawa pemain dalam perjalanan heroik melalui Regnas, sebuah dunia yang berada di ambang kemusnahan selepas beribu-ribu tahun konflik dan penggunaan teknologi berlebihan. Semasa mengembara, kita boleh meneroka dunia yang indah dan mengenali watak penting dan penduduknya semasa mendalami misi utama, menyelesaikan sampingan, mengasah kemahiran melalui cabaran berbeza, dan banyak lagi.

Kredit: Bandai Namco Studios

Seperti saya jelaskan tadi, terdapat lima (5) Kelas unik dalam game. Setiap kelas mempunyai set kemahiran unik yang boleh diubah suai dengan Skill Point, yang diperoleh oleh pemain apabila meningkatkan level kelas mereka. Apabila pemain meningkatkan kemahiran ke level maksimum, mereka akan membuka abiliti baharu untuk kelas. Pemain juga boleh bertukar kelas pada bila-bila masa.

Kredit: Bandai Namco Studios
  • Blade Warden – Pakar pedang dan perisai; menjadikannya kelas yang seimbang untuk diletakkan di barisan hadapan.
  • Twin Striker – Cemerlang dalam melakukan damage jarak dekat, menggunakan dua kapak yang dahsyat.
  • Keen Strider – Tangkas, dengan busur dan anak panah untuk serangan jarak jauh dan melakukan skill jenis area-effect; juga cemerlang dalam melemahkan musuh supaya barisan hadapan boleh menghabiskan mereka.
  • Spell Weaver – Memanipulasi elemen untuk serangan api, ais dan kilat yang kuat.
  • Foe Breaker – Memegang tukul besar yang melakukan serangan kuat dari dekat dan boleh menembak bola meriam untuk serangan jarak sederhana.
Kredit: Bandai Namco Studios

Disebabkan ini adalah game multiplayer, pemain boleh menikmati kisah Blue Protocol secara bersendirian atau bersama orang lain, dengan kandungan co-op termasuk Fields dan Dungeons sehingga enam pemain dan Raid epik untuk kumpulan yang lebih besar. Game ini akan memunculkan “boss” kuat secara rawak di atas peta yang memerlukan pemain berkumpul dari seluruh peta untuk mengalahkannya.

Malangnya, Blue Protocol hanya tersedia di Jepun sahaja buat masa ini. Menurut pengumuman rasmi, game ini akan dikeluarkan pada tahun 2024 di seluruh dunia untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam tetapi saya tidak pasti tentang tarikh keluaran tepat.

Kredit: Bandai Namco Studios

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Bandai Namco Studios Malaysia kerana bantu menjayakan Blue Protocol!


Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: Bandai Namco Studios MalaysiaBlue Protocol
ShareTweetSend
Previous Post

Kemas Kini “Sonic’s Birthday Bash” kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!

Next Post

PICO Malaysia & FitXR bekerjasama untuk program “hidup sihat cergas memakai VR”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
PICO Malaysia & FitXR bekerjasama untuk program “hidup sihat cergas memakai VR”

PICO Malaysia & FitXR bekerjasama untuk program "hidup sihat cergas memakai VR"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd