Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto mungkin ‘buta sebelah mata’ – asal-usul parut didedahkan! *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto mungkin ‘buta sebelah mata’ – asal-usul parut didedahkan! *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam episod pertama anime, kita dapat melihat rupa dewasa Uzumaki Boruto sedang berlawan Kawaki di kampung Konoha yang hancur. Dengan penampilan lebih dewasa dan parut di mata, protagonis kita harus mengalahkan Kawaki untuk menyelamatkan zaman ‘shinobi’. Namun, apa yang kita baru sahaja tahu adalah Boruto kemungkinan ‘buta sebelah mata’.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 78: When Naruto and Hinata’s chakra suddenly vanish, Boruto rushes to confront Kawaki! Read it FREE from the official source! https://t.co/M5kmxmbfMy pic.twitter.com/wkDQ2ahk4f

— Shonen Jump (@shonenjump) February 20, 2023

Kisah ini terjadi di manga bab 78, di mana mereka menjelaskan bagaimana Boruto memperoleh parut di matanya memandangkan fasa timeskip semakin hampir.

AMARAN! SPOILER MANGA BORUTO BAB 78 DI BAWAH! (Baca rumusan bab 77 di SINI)

Di awal Boruto bab 78, Shikamaru dimaklumkan bahawa chakra Naruto dan Hinata tiba-tiba telah hilang tetapi chakra Kawaki dikesan buat sementara di rumah mereka. Eida kemudian mengesahkan apa yang Kawaki cuba lakukan dan ini menyebabkan semua orang di dalam bilik menjadi panik. Selepas dapat tahu apa yang terjadi, Boruto bergegas keluar dari bilik untuk mencari Kawaki.

Eida melihat perbualan antara Naruto dan Kawaki menggunakan Senrigan, dan mendedahkan bahawa Kawaki sebenarnya merancang untuk membunuh Boruto sekali lagi. Di sini, Sarada akhirnya tahu bahawa Kawaki lah orang yang sebenarnya membunuh Boruto. Walaupun diberi amaran oleh Shikamaru, Sarada tetap mengejar Boruto.

Dalam babak seterusnya, Boruto diserang hendap oleh Kawaki. Selepas dipersoalkan tentang keadaan Naruto dan Hinata, Kawaki menjelaskan bahawa dia menggunakan teknik ‘Daikokuten’ untuk menghantar Naruto dan Hinata ke alam di mana masa berhenti supaya mereka tidak tua dan mati kelaparan. Selepas itu mulalah pertarungan antara Boruto dan Kawaki di mana kedua-dua mengaktifkan kuasa ‘karma’.

Selepas seketika, Sarada muncul dan cuba membantu Boruto. Kawaki memberi amaran kepada Sarada untuk berundur, tetapi dia enggan mendengar. Di sini, dia cuba membunuh gadis itu dengan serangan mengejut tetapi Boruto melompat masuk untuk menyelamatkannya. Malangnya, serangan itu terkena pada mata kanan Boruto dan itulah asal-usul kepada parut yang kita lihat semasa fasa timeskip.

Di ambang kekalahan, Konohamaru, Shikamaru, Mitsuki, dan Sasuke tiba-tiba muncul untuk menyelamatkan mereka berdua. Shikamaru menghentikan Kawaki dengan Kagemane no Jutsu manakala Mitsuki menahan tangan Kawaki. Sasuke datang ke hadapan Kawaki, sambil menghunus pedang, dan memintanya supaya tidak melawan.

Pada masa ini, kita fikir Kawaki sudah dikalahkan. Tetapi, Momoshiki mengambil alih badan Boruto dan menyelamatkan musuhnya dengan menyerap Kagemane no Jutsu lalu menyuruhnya untuk melarikan diri. Mengapa dia buat begitu? Saya pun tidak begitu pasti.

Di muka surat terakhir bab 78, Momoshiki memberitahu Boruto bahawa dia “kehilangan salah satu mata birunya” dan ini hanya permulaan sehingga dia kehilangan segala-galanya.

Adakah Boruto betul-betul buta?

Sebenarnya, kita masih belum dapat pengesahan tentang betapa parahnya kecederaan mata Boruto. Menurut Momoshiki, budak itu sudah kehilangan mata kanannya (kemungkinan buta), dan ini tepat dengan apa kita lihat dalam timeskip, di mana Boruto menutup matanya sehingga mengaktifkan kuasa Karma. Pada masa ini, dia membuka matanya yang berubah menjadi Jogan.

Jogan pula adalah dojutsu yang hanya diterangkan dalam anime dan masih belum disebut dalam manga. Buat masa ini, kita tahu yang Jogan berkait rapat dengan dimensi puak Otsutsuki di mana keupayaan umumnya adalah untuk melihat aliran chakra di dalam badan dan pintu halimunan yang menghubungkan antara dimensi berbeza.

Jadi, teori internet adalah Boruto sebenarnya buta di mata kanan dan hanya akan membuka mata apabila menggunakan Jogan untuk berlawan.


Boruto fasa timeskip semakin hampir tetapi apa yang akan terjadi selepas ini? Jom kita bincangkan di ruang komen.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutomangaSpoiler
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Kenali Keluarga Paling Berpengaruh Dalam Siri!

Next Post

Resident Evil 4 Remake umum ‘Free Demo’ & mode DLC ‘The Mercenaries’ – gameplay baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Resident Evil 4 Remake umum ‘Free Demo’ & mode DLC ‘The Mercenaries’ – gameplay baru!

Resident Evil 4 Remake umum 'Free Demo' & mode DLC 'The Mercenaries' - gameplay baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd