Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto – Ditampar oleh mak Boruto, Kawaki culik Hinata & Naruto!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 20, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto – Ditampar oleh mak Boruto, Kawaki culik Hinata & Naruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sebulan menunggu bab terbaru manga Boruto: Naruto Next Generation, akhirnya kita dapat membaca sambungan daripada bab 76 di mana Kawaki mengesyaki bahawa Otsutsuki Momoshiki berada di dalam badan Boruto. Apakah yang akan terjadi dalam bab terbaru ini? Mari saya ceritakan dengan ringkas.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 77: Naruto has his hands full when hotheaded Kawaki stirs up more trouble! Read it FREE from the official source! https://t.co/y3YHmLQvu4 pic.twitter.com/iEU7qMgK5I

— Shonen Jump (@shonenjump) January 19, 2023
Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA BORUTO!!!

Di dalam bab 77, kita dapat melihat sambungan daripada bab sebelum ini dimana Kawaki menyuruh Otsutsuki Momoshiki yang berada di dalam badan Boruto keluar. Namun, perkara tersebut dapat dielakkan kerana dihalang oleh Shikamaru.

Kerana tidak ingin memburukkan keadaan, Kawaki memilih untuk pergi dari rumah yang disediakan oleh Konoha itu. Dia telah memadam chakranya membuatkan ninja pengesan tidak dapat mengesannya serta menggunakan Sukunahikona untuk mengecilkan badannya dan melarikan diri.

Adegan berubah dan menunjukkan keadaan Code. Nampaknya penjahat siri ini sedang merancang sesuatu untuk menyerang Konoha menggunakan raksasa yang diperbuat daripada Juubi, Claw Grime. Bilangan raksasa setakat ini adalah sebanyak 1000 dan semakin bertambah.

Ketika Boruto, Sarada dan Sumire meneman Eida dan Daemon membeli belah, Daemon telah mengesan seseorang dengan kekuatan yang luar biasa. Dia berlari keluar dari kedai baju dan mendapati bahawa kekuatan itu datang daripada adik Boruto, Uzumaki Himawari.

Daemon cuba menyerang Himawari untuk mengujinya tetapi berhenti dipertengahan jalan kerana pelik mengapa adik Boruto tidak mengelak. Dia berkata bahawa Himawari boleh mengelak dengan mudah tetapi Boruto menjelaskan bahawa adiknya bukan seorang shinobi.

Kali ini adegan berubah di dalam rumah Naruto, kita dapat lihat bahawa Hinata dan Naruto sedang menyediakan makan malam untuk tiga orang. Secara tiba-tiba, Kawaki muncul dan mengajak Naruto untuk berbincang mengenai sesuatu.

Dia berterima kasih kepada Naruto kerana telah membebaskannya dari menjadi seorang yang tidak berhati perut. Naruto tidak bersetuju kerana menurut Hokage tersebut, Kawaki memang seorang yang baik sejak dari awal dan sanggup mengorbankan dirinya untuk melindungi orang lain.

Kawaki kemudian mendedahkan bahawa dia akan membunuh setiap Otsutsuki yang ada. Dia rasa dia gagal selepas melihat Boruto masih hidup dan akan pastikan kali ini dia akan benar-benar bunuh Otsutsuki Momoshiki, atau lebih tepat, Uzumaki Boruto. Ini membuat Hinata emosi dan menampar Kawaki.

Kawaki sedar bahawa ia adalah suatu keputusan yang susah untuk dilakukan kerana dia menganggap Boruto sebagai abang/adik. Dan tiada sesiapa yang berani untuk membunuh keluarganya sendiri.

Mendengar penjelasan Kawaki, Naruto cuba menghalangnya dengan mencabar Kawaki untuk mengalahkannya. Dengan mudah, Kawaki menggunakan karmanya dan membuka portaluntuk mengurung Naruto dan Hinata supaya mereka tidak boleh menghalang rancangan Kawaki.

Di akhir panel bab ini, kita dapat lihat gambar keluarga Uzumaki berkecai di atas lantai. Kawaki berkata bahawa dia akan membebaskan mereka selepas semuanya berakhir jadi Naruto terpaksa menunggu saat itu.

Itulah ringkasan saya untuk manga Boruto: Naruto Next Generations bab 77 dan jika korang berminat untuk tahu kisahnya dengan lebih terperinci, sila baca bab terbaru sekarang di aplikasi atau laman web Manga Plus!

Nampaknya dalam bab ini Kawaki betul-betul nekad untuk membunuh Boruto. Adakah kita akan lihat time skip yang ditunggu-tunggu? Bagaimana pula dengan Naru dan Hinata, adakah mereka akan selamat?

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBorutoBoruto: Naruto Next GenerationsKawakimanga
Previous Post

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive kini tersedia di Steam!

Next Post

Tiket “Fan Screening” The First SLAM DUNK Tersedia Sekarang Untuk Peminat Malaysia! Berharga RM130! [UPDATE]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Tiket “Fan Screening” The First SLAM DUNK Tersedia Sekarang Untuk Peminat Malaysia! Berharga RM130! [UPDATE]

Tiket “Fan Screening” The First SLAM DUNK Tersedia Sekarang Untuk Peminat Malaysia! Berharga RM130! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd