Di acara PlayStation State of Play hari ini, Capcom telah mendedahkan maklumat baharu tentang Resident Evil 4 Remake akan datang! Info ini datang dalam video trailer yang menunjukkan Leon. S Kennedy meneroka pelbagai persekitaran baharu, adegan bersama musuh Jack Krauser dan banyak lagi. Selain itu, trailer juga mengumumkan demo percuma untuk RE4 dan mode DLC “The Mercenaries”.
Korang boleh tonton trailer terbaru Resident Evil 4 di bawah untuk gambaran umum:
Untuk pemain yang tidak sabar-sabar menantikan keluaran penuh game pada 24 Mac, demo REil 4 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, tarikh dan info tentang platform khusus belum diumumkan lagi.
Bukan itu sahaja, pemain boleh menghadapi lebih banyak cabaran dalam mode “The Mercenaries”. Mode ini akan ditambah sebagai DLC percuma selepas pelancaran rasmi permainan. Sama seperti demo, maklumat tepat tentang masa keluaran demo belum dikongsi oleh Capcom lagi.
Di samping itu, Resident Evil 4 “Deluxe Edition” turut tersedia untuk pre-order! Edisi Deluxe mempunyai kandungan in-game tambahan seperti kostum, senjata, peta harta karun dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang pre-order RE4 edisi Standard, korang akan menerima ganjaran in-game, termasuk “Attaché Case: Gold” dan “Special Charm: Handgun Ammo,” manakala pre-order untuk edisi Deluxe termasuk tambahan “Attaché Case: Classic” dan item “Special Charm: Green Herb”.
Untuk mereka yang tidak tahu, game ini merupakan remake untuk RE4 dan direka untuk mengekalkan ciri-ciri ikonik game original sambil menggunakan RE Engine untuk menyampaikan gameplay moden, jalan cerita yang dirombak semula dan grafik terperinci dan jelas. Bersama remake, mode VR untuk RE4 juga sedang dibangunkan sebagai DLC percuma.
6 tahun telah berlalu sejak bencana biologi di Raccoon City.
Leon S. Kennedy, salah seorang yang terselamat dalam insiden itu, telah direkrut sebagai ejen yang melaporkan terus kepada presiden Amerika Syarikat. Dengan pengalaman dalam pelbagai misi, Leon dihantar untuk menyelamatkan anak perempuan presiden yang diculik.
Semasa menyiasat, dia tiba di sebuah perkampungan Eropah yang terpencil, di mana ada sesuatu yang tidak kena dengan penduduk kampung. Kini, tirai dibuka pada sebuah kisah yang seram dan penuh bahaya.
Resident Evil 4 akan tiba pada 24 Mac 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 Remake termasuk preview awal dan temu ramah bersama producer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post