Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tonton M4 di HomeBois Pitstop, daftar sekarang untuk peluang memenangi hadiah eksklusif MLBB!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 29, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, Streamer/influencer, Tempatan
0 0
0
Tonton M4 di HomeBois Pitstop, daftar sekarang untuk peluang memenangi hadiah eksklusif MLBB!
Share on FacebookShare on Twitter

MPL Malaysia dengan teruja mengumumkan bahawa pesta Watch Party rasmi untuk M4 World Championship akan diadakan di HomeBois Pitstop di Kuala Lumpur! Tonton pertarungan di antara pasukan terbaik semasa mereka berkumpul di Jakarta bulan depan pada kejohanan antarabangsa, untuk merebut prizepool sebanyak USD 800,000 dan gelaran berprestij iaitu pasukan Mobile Legends: Bang Bang terbaik dunia.

Sertai acara dan berpeluang memenangi ganjaran eksklusif!

Mulai 7 Januari, sertai acara ini untuk memenangi barangan eksklusif Mobile Legends: Bang Bang di HomeBois Pitstop. Bagi yang akan hadir, anda disyorkan untuk membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu untuk memenangi hadiah menarik. Berikut adalah butiran lanjut untuk soroton acara:

  • Temui Lord daripada Mobile Legends: Bang Bang! Ini adalah peluang anda untuk berinteraksi dan bergambar dengan makhluk ikonik itu!
  • Abadikan secebis kenangan untuk dibawa pulang selamanya di Minion photobooth.
  • Anda berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif MLBB, in-game diamonds atau Infinix Note 12 dengan menyertai aktiviti on-ground dari 7 hingga 13 Januari dan 13 hingga 15 Januari.

Sertai influencer dan cosplayer pada 7 – 8 Januari!

Beberapa influencer terkenal di Malaysia seperti intanserah, xkpenjahat, zeemahmad dan dennislimming juga akan menghadiri Watch Party ini pada 7 – 8 Januari semasa perlawanan Team HAQ dan TODAK. Cosplayer yang memakai sebagai hero Mobile Legends juga akan hadir pada hari yang sama untuk menambahkan kecerian suasana. Nantikan maklumat terkini melalui saluran rasmi MPL Malaysia!

Kami sangat teruja kerana dapat membawa kemeriahan M4 World Championship kepada komuniti tempatan. Kami ingin mengumpulkan rakyat Malaysia untuk menyokong Team HAQ dan TODAK dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk rakan dan keluarga!

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, MPL Malaysia

Sokong Team HAQ dan TODAK bersama rakan dan keluarga!

Mari bersama-sama menyokong Team HAQ dan TODAK dalam pertandingan M4 World Chamoionship yang akan disiarkan dari 1 hingga 15 Januari 2023 di HomeBois Pitstop. Para hadirin boleh menonton kesemua perlawan daripada Peringkat Kumpula, Peringkat Kalah Mati termasuk Grand Final.

Acara Watch Party ini adalah percuma untuk dikunjungi dan dibuka kepada semua orang!

  • Tempat
    • HomeBois Pitstop – Federal Hwy, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor . Anda boleh tekan pautan untuk direction melalui Google Maps atau Waze.
  • Tarikh
    • 1 Januari 2023 hingga 15 Januari 2023
  • Pautan pra-pendaftaran untuk memenangi hadiah eksklusif di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke Facebook MPL Malaysia dan Instagram MPL Malaysia.

Jangan lupa untuk memberi sokongan kepada pasukan daripada Malaysia, iaitu Team HAQ dan TODAK yang berjaya menyertai Kejohanan Dunia M4. Majulah e-sukan untuk negara!

Untuk lebih banyak lagi berita menarik tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HomeboisKejohanan dunia M4M4MLBBMobile Legends: Bang Bang
Previous Post

Avatar: The Way of Water kutip $1 Billion box office, pecah rekod terpantas untuk 2022!

Next Post

Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!

Anime Chainsaw Man Akhirnya Tamat! Penamat Yang Baik Penuh Aksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd