Avatar: The Way of Water telah melepasi sasaran $1 billion box office secara global, bermakna filem ini adalah yang terpantas untuk mencapai penanda aras box office tahun ini dalam tempoh 2 minggu. Ini adalah filem ke-3 yang berjaya mencapai penanda aras termasuk Top Gun: Maverick dan Jurrasic World Dominion.
Walaupun filem ini ditayangkan di China, sambutan di sana kurang memberangsangkan kerana negara tersebut tidak menayangkan filem blockbuster Amerika sejak kebelakangan ini. Contoh seperti Top Gun: Maverick dan filem Marvel yang dikeluarkan pada tahun 2022. Namun ia tetap sedikit sebanyak membantu Avatar: The Way of Water untuk cecah $1 billion box office.
Pada hari pertama filem ini ditayangkan, mereka berjaya mengutip lebih daripada $400 juta di seluruh dunia, termasuk $134.1 juta di Amerika Utara. Ia tetap dianggap sebagai pencapaian terbesar, tetapi Disney merasakan prestasi di sana kurang memberangsangkan kerana mereka mengharapkan sekurang-kurangnya $150 juta. Walau bagaimanapun, mereka tetap berjaya mengumpulkan sebanyak $700 juta di peringkat antarabangsa.
Menurut khabar angin, produksi filem ini sangat mahal membuatkan mereka perlu mengutip lebih banyak wang untuk kembalikan modal dan mengaut untung. Jadi Disney perlu pastikan Avatar: The Way of Water menjadi salah satu daripada sepuluh filem teratas dengan kutipan tertinggi untuk memperoleh keuntungan.
Dengan berjaya mengutip #134.1 juta semasa pembukaan, ia tidak terasa seperti “juara sepanjang masa”, tetapi anda harus ingat bahawa filem Avatar yang pertama juga tidak mempunyai pembukaan yang meletup. Sebaliknya ia berjaya mengekalkan dan mengembangkan penonton sepanjang tayangannya.
Avatar: The Way of Water masih menampilkan pelakon yang sama seperti sebelum ini iaitu Sam Worthington (Jake Sully), Zoe Saldana (Neytiri), Stephen Lang (Colonel Miles Quaritch), Sigourney Weaver (Dr. Grace Augustine) serta Kate Winslet (Ronal) dan pelakon tempatan Michelle Yeoh (Dr. Karina Mouge).
Bagi sesiapa yang masih belum menonton filem ini, anda boleh dapatkan tiket sekarang di laman web GSC dan TGV Cinema. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post