Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 5, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai 2 bulan dikeluarkan, manga Sasuke Retsuden telah mempunyai 4 bab yang dikeluarkan. Siri Sasuke ini mendapat sambutan yang positif daripada peminat Naruto dan berjaya mengalahkan bilangan pembaca manga Boruto sebanyak 40,000. Semenjak dikeluarkan pertama kali pada 23 Oktober, Sasuke Retsuden juga berjaya mengalahkan beberapa manga lain.

OMG SASUKE RETSUDEN SURPASSED BORUTO ON JUMP+ JAPAN WITH ONLY 4 CHAPTERS AND 5.7M VIEWS. THE POWER OF UCHIHA SASUKE IS INASANE ‼️‼️ pic.twitter.com/kCLqTKnvvM

— 🌸🍅 (@uchihafamsss) December 4, 2022

Sehingga kini, manga tersebut telah mendapat 5.7 juta pembaca melalui applikasi Shonen Jump+ di Jepun. Manga Sasuke Retsuden asalnya bermula beberapa tahun lepas sebagai novel ringan, dan telah diadaptasikan kepada manga oleh Shueisha yang dihasilkan oleh Jun Esaka dan Kimura Shingo.

Apa yang membuatkan manga ini begitu trending adalah ramai terkejut melihat perubahan Sasuke daripada remaja gilakan balas dendam kepada ayah dan suami yang penyayang.

Bukan setakat di Jump+, malah di Shueisha juga Sasuke Retsuden telah mengalahkan beberapa manga seperti My Hero Academia, Jujutsu Kaisen dan Spy x Family. Jelas sekali manga ini berjaya mendapat perhatian peminat. Ramai yang merasakan siri ini akan berjaya memandangkan betapa popularnya novel ringan siri ini, tetapi tidak sangka penerimaan manga ini melampui jangkaan orang ramai.

Terima kasih kepada artis Shingo Kimura kerana berjaya menyempurnakan nilai estetika original Masashi Kishimoto. Tidak dapat dinafikan kejayaan manga ini adalah kerana faktor nostalgia Sasuke Retsuden yang menceritakan kisah yang tidak ada pada siri Naruto.

Bagi siri Boruto pula, peminat mengangap projek tersebut sebagai gagal dan membazir duit sahaja. Seperti yang kita lihat pada bab terbaru manga ini, mereka seperti sedang bergelut untuk memberi kelainan kepada pembaca dengan menambah elemen rom-com antara Boruto, Kawaki dan Eida.

Banyak lagi sebab mengapa ramai peminat tidak menyukai siri ini, antara kerana episode filler yang banyak dan membosankan dalam anime. Ini berlaku kerana manga dan anime pergi ke arah berbeza selepas peristiwa “Boruto: Naruto the Movie” yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Selain itu, peminat jugak tidak berapa gemar dengan perangai Boruto yang menjengkelkan berbanding bapanya. Walaupun Boruto adalah ninja yang baik hati dan mempunyai bakat, dia juga sering bersikap ego, ingin cari jalan pintas, dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama tinggi seperti Naruto.

Banyak lagi sebab mengapa peminat tidak sukakan siri Boruto, jika anda ingin baca dengan lebih terperinci boleh tekan di sini.

Jadi apa pendapat anda tentang manga Sasuke Retsuden berjaya mengalahkan siri Boruto, adakah Boruto betul-betul membosankan dan tidak menarik? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk fakta dan trivia lain tentang dunia anime, korang boleh tekan pautan ini.

Tags: Boruto: Naruto Next GenerationsmangaNaruto: Sasuke's Story - The Uchiha and The Heavenly StardustSasuke Retsuden
Previous Post

Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 bakal ditayangkan di Disney+ bermula 24 Disember ini!

Next Post

Review Knights of Honor II: Sovereign – Luaskan empayarmu!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Review Knights of Honor II: Sovereign – Luaskan empayarmu!

Review Knights of Honor II: Sovereign - Luaskan empayarmu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd