gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime

Mengapa siri Boruto tidak disukai orang ramai? – Sebab dan fakta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Mengapa siri Boruto tidak disukai orang ramai? – Sebab dan fakta!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut saja Naruto, rasanya semua orang kenal watak ini. Diakui sebagai salah satu anime/manga paling hebat sepanjang zaman, kisah Naruto berjaya menambat hati ramai orang, tidak kisah tua atau muda. Tetapi bagaimana pula dengan siri anaknya Boruto yang mula disiarkan pada tahun 2017? Yang peliknya adalah Boruto sebenarnya tidak disukai oleh ramai orang dari seluruh dunia.

Untuk ringkaskan cerita, siri Boruto dalam dilema kerana tidak berjaya mencapai standard yang ditetapkan oleh Naruto dan Naruto Shippuden. Malah, peminat lama Naruto pun menganggap sekuel sebagai siri “gagal” yang tidak perlu ditonton. Beberapa tahun sudah berlalu tetapi adakah Boruto masih dibenci? Jawapannya adalah ya.

Di sini, saya akan cuba jelaskan mengapa siri Boruto tidak disukai beserta sebab!

Episod filler yang terlalu banyak dan membosankan

Anime Boruto mempunyai jumlah episod filler yang terlalu banyak. Ini berlaku kerana manga dan anime pergi ke arah berbeza selepas peristiwa “Boruto: Naruto the Movie” yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Bagi versi manga, ia bermula selepas peristiwa filem itu manakala versi anime pula menceritakan apa yang terjadi sebelum filem. Yang kelakarnya, versi anime kemudian menceritakan balik apa berlaku dalam filem, cuma menambah beberapa adegan animasi yang lebih lancar.

Manga Boruto hanya akan menambah baru baru sekali setiap bulan manakala anime akan keluarkan episod baru setiap minggu. Maka, mereka risau apabila anime melepasi cerita di manga. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, anime Boruto banyak mengandungi filler, yang eksklusif hanya untuk anime sahaja.

Personaliti watak utama yang menjengkelkan

Sebab kedua ialah personaliti watak utama iaitu Boruto, tidak digemari berbanding bapanya. Walaupun Boruto adalah ninja yang baik hati dan mempunyai bakat, dia juga sering bersikap ego, ingin cari jalan pintas, dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama tinggi seperti Naruto.

Bagi mereka yang melihat kemajuan Naruto, dari seseorang yang tidak berbakat kepada Hokage, ramai menganggap Boruto hanyalah watak yang “follow the flow”.

Terpaksa “buang/singkir” banyak perkara supaya generasi baru dapat menyerlah

Dalam cerita Boruto, watak utama dari generasi dahulu terpaksa “dilemahkan” di mana Naruto kehilangan Kurama yang mengorbankan diri dan Sasuke yang mata Rinnegan ditusuk oleh Momoshiki. Walaupun ada yang lain berpendapat, ramai membuat kesimpulan bahawa perkara ini penting supaya generasi baru dapat menyerlah tanpa bantuan Naruto/Sasuke.

Malangnya, peristiwa ini menimbulkan kemarahan dari majoriti peminat lama dan ramai menganggap ada cara lain untuk menyerlahkan Boruto tanpa mengorbankan ciri-ciri penting.

Kumpulan orang jahat tidak segerun seperti dulu

Selain itu, ramai berpendapat bahawa kumpulan penjahat utama, Kara dan ahli Otsutsuki, kurang menarik dan membosankan berbanding era Orochimaru dan Akatsuki. Walaupun matlamat Kara/Otsutsuki lebih jauh dan besar (ingin tawan bumi) tetapi personaliti yang diberi tidak efektif seperti Akatsuki. Sebagai contoh, semua watak dapat menyerlah dalam geng Akatsuki dan kita dapat menyelami sejarah hidup masing-masing. Untuk Boruto, kebanyakan orang jahat terasa “tipikal” dan hambar.

Asalnya ninja lawan ninja, sekarang ninja lawan makhluk asing dan robot

Dalam Naruto/ Naruto Shippuden, kita melihat usaha seorang budak lelaki yang ingin menjadi yang terkuat dalam kampungnya sambil melawan ancaman ninja lain. Untuk Boruto, plotline ini berubah secara drastik di mana ancaman terbesar sekarang adalah makhluk asing dan robot.

Ramai lebih menyukai konsep tradisional/mistik dan menganggap perubahan jalan cerita ke sci-fi adalah sesuatu yang mengarut.


Untuk sesiapa yang menjunjung Naruto sebagai salah satu manga dan anime terhebat pernah dibuat, saya faham kenapa korang kecewa sangat dengan Boruto. Selain daripada beberapa adegan animasi, saya sendiri berani kata yang Boruto tidak sehebat Naruto. Bukti sudah ada di depan mata kalau korang tonton.

Tetapi untuk menjadi anime yang sehebat Naruto bukanlah sesuatu yang mudah, dan mungkin kerana perbandingan itu, ramai yang mula membenci Boruto. Adakah kita patut membenci Boruto kerana itu? Saya tunggu jawapan korang semua di ruang komen.

Itu antara sebab saya ingin kongsikan tentang “mengapa Boruto tidak disukai orang ramai.” Untuk fakta dan trivia lain tentang dunia anime, korang boleh tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: animeBorutoFaktanarutoTrivia
Previous Post

Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger

Next Post

[Review] Jurassic World Dominion – Penuh aksi bersama dinosaur

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda
Anime

One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda

June 27, 2022
One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]
Berita

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

June 27, 2022
[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!
Review Produk

[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!

June 27, 2022
Next Post
[Review] Jurassic World Dominion – Penuh aksi bersama dinosaur

[Review] Jurassic World Dominion - Penuh aksi bersama dinosaur

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

by safwan
June 27, 2022
0

One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama...

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

by Maira
June 27, 2022
0

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja...

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

by Maira
June 27, 2022
0

Episod ke-12 anime Spy x Family baru sahaja ditayangkan pada hujung minggu lepas, dan peminat nampaknya kena menunggu 3 bulan...

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

by Razin Syafiq
June 26, 2022
0

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In