Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 bakal ditayangkan di Disney+ bermula 24 Disember ini!

safwan by safwan
December 5, 2022
in Action, Animasi, Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 bakal ditayangkan di Disney+ bermula 24 Disember ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan Ejen Ali Musim 3 Bahagian 1 tamat pada bulan Ogos yang lepas, kita telah dedahkan yang bahagian 2 akan ditayangkan pada bulan Disember 2022. Dengan melancarkan trailer baharu di media sosial, nampaknya kita akan bertemu bersama Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 di Disney+ pada 24 Disember 2022.

Musim 3 ini merupakan sambungan daripada filem Ejen Ali, di mana Ali terpaksa menyerahkan IRIS kepada MATA dan meneruskan tugasnya sebagai ejen. Dia kemudian menyertai Pertandingan MATA Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana ejen pelatih yang memberikan aksi hebat dari Akademi. Ali juga telah diperkenalkan dengan ramai pelatih lain yang datang dari pelbagai tempat.

Selain itu, terdapat juga Webtoon rasmi oleh WAU Animation bertajuk, Ejen Ali : M.A.T.A Secret Files. Webtoon itu menceritakan kisah yang berlaku di antara episod daripada siri tersebut. Jadi, bolehlah anda mengetahui lebih mendalam tentang apa yang berlaku di Cyberaya dan M.A.T.A. Anda juga akan lebih mengenali watak-watak yang muncul dalam siri itu dengan lebih terperinci.

Untuk pengetahuan anda, Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai “seorang murid sekolah rendah bernama Ali yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan.

Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).”

Mesti ramai yang tak sabar nak tengok Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 nantikan. Mari kita sama-sama nantikan 24 Disember 2022 di Disney+. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Disney+Ejen AliEjen Ali Musim 3 Bahagian 2
Previous Post

[Giveaway] Komen Untuk Peluang Menangi Merch Eksklusif Netflix! Ada Alice in Borderland, JoJo dan Gudetama!

Next Post

Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!

Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd