Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]

safwan by safwan
October 26, 2022
in Action, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]
Share on FacebookShare on Twitter

Black Adam telah mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 20 Oktober 2022. Kami telah pun keluarkan review tanpa spoiler dan kali ini kami ingin kongsikan penamat serta “post-credit scene” yang ada dalam filem Black Adam. Perlu saya ingatkan yang dalam ini akan mengandungi “SPOILER”. Jika anda ingin teruskan membaca, silakan.

Penamat Black Adam

Akhirnya filem ini membawa perlawanan yang sebenar di mana Black Adam, Justice Society of America (JSA) menentang Ishmael Gregor atau Sabbac yang dilakonkan oleh Marwan Kenzari. Dia pada awalnya telah mendapatkan Crown of Sabbac, namun tidak sempat untuk berbuat apa-apa dengan kuasa yang ada pada mahkota tersebut.

Dalam masa yang sama, Black Adam dengan rela bersetuju untuk tidak menggunakan kuasanya dan ditahan masuk ke penjara Task Force X. Selepas JSA menghantar Teth-Adam masuk ke penjara, mereka sekumpulan telah mendapat amaran di mana Sabbac muncul di Kahndaq dan terpaksa menghadapnya tanpa Black Adam.

Selepas Hawkman (Aldis Hodge), Cyclone (Quintessa Swindell) dan Atom Smasher (Noah Centineo) gagal menghalang Sabbac, Doctor Fate (Pierce Brosnan) mengatur strateginya sendiri di mana dia memerangkap Sabbac dalam runtuhan istana lama Kahndaq dan melawannya seorang diri. Semasa berlawan, dia telah mengeluarkan keseluruhan kuasanya untuk menghabiskan masa bagi memanggil Black Adam yang baru sahaja dimasukkan dalam penjara.

Black Adam melepaskan dirinya dari penjara dan mendapatkan kuasanya semula. Dia berlawan Sabbac bersama Hawkman yang menggunakan kuasa helmet Doctor Fate.

Akhirnya, Black Adam memberikan pukulan terakhir kepada Sabbac di mana kita dapat lihat badan Sabbac dikoyakkan kepada dua bahagian. Selepas pertempuran itu berakhir, Black Adam dan JSA berpisah secara baik lalu meninggalkan dia untuk memerintah Kahndaq. Selepas duduk sekejap di atas takhta istana, dia memutuskan untuk menghancurkannya. Hal ini kerana, dia lebih suka menjadi seorang pelindung daripada pemerintah.

“Post-Credit scene”

Selepas memanggil Justice Society of America (JSA) yang terdiri daripada Hawkman, Cyclone, Atom Smasher dan Doctor Fate, pengarah A.R.G.U.S iaitu Amanda Waller (Viola Davis) memberikan amaran terakhir kepada Black Adam untuk tidak keluar daripada Kahndaq.

Dia mengatakan “Kahndaq adalah penjara anda sekarang. Anda melangkah satu kaki di luarnya, anda tidak akan hidup untuk menyesalinya.” Dan Black Adam membalas, “Tiada sesiapa di planet ini yang boleh menghalang saya.”

Pengarah itu membalas dengan berkata “Saya boleh meminta bantuan dan menghantar orang yang bukan dari planet ini. Waller menerima balasan yang Black Adam langsung tidak gentar dengan memberitahunya untuk “menghantar mereka semua.”

“Seperti yang awak mahu,” kata-kata terakhir daripada Waller sebelum Black Adam menghancurkan hologram dengan menggunakan kuasa petirnya. Melalui asap daripada hologram tadi, datangnya bantuan Waller. Dia memakai sut biru dan merah cerah, lambang kuningnya muncul dari kegelapan dan orang itu adalah Superman.

Dia tiba dengan mengatakan sesuatu kepada Black Adam iaitu “Sudah agak lama orang tidak membuat dunia ini gelisah,” dan sambung dengan berkata, “Black Adam… kita patut bercakap.”


Itu sahaja yang ingin kami kongsikan pada minggu ini terhadap penamat dan “post-credit scene” yang ada dalam filem Black Adam. Filem ini telah ditayangkan di seluruh Malaysia dan kini telah mencapai jualan lebih RM 10 juta untuk minggu pertama. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Black AdamDwayne Johnson
Previous Post

“Selepas filler Kawaki tamat, sambung filler baru” – Anime Boruto belum sedia adaptasi manga

Next Post

Bloodborne Mobile palsu, hanya dikeluarkan untuk tipu orang ramai!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Bloodborne Mobile palsu, hanya dikeluarkan untuk tipu orang ramai!

Bloodborne Mobile palsu, hanya dikeluarkan untuk tipu orang ramai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd