Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Top 5 PUBG Streamers yang mempunyai paling banyak penonton dan peminat!

Siapa agaknya?

Wakambing by Wakambing
April 2, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Top 5 PUBG Streamers yang mempunyai paling banyak penonton dan peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG atau dikenali sebagai PlayerUnknown’s Battlegrounds telah banyak berkembang sejak permulaan beta dan juga komunitinya. Permainan ini bukan sahaja menawarkan pengalaman baru tetapi juga sebagai hasil pencarian kepada ramai yang bergelar ‘Streamers’. PUBG adalah salah satu games yang paling ramai ditonton selain Fortnite, Dota, League of Legends dan Apex Legends. Dengan beribu-ribu penonton pada suatu masa, ia memberikan impak kepada streamers tersebut, selain melakukannya sebagai hobi, penonton dapat memberikan sokongan terhadap streamers kegemaran dengan menyumbang derma atau dengan hanya menikmati gameplay mereka, itu sudah cukup. Ini adalah senarai top 5 streamers yang paling ramai diikuti peminat!

5. Just9n – (350,000k)

  • Twitch: 315,425 followers
  • Youtube: 39,303 subscribers
  • Purata penonton: 742

Justin “Just9n” Ortiz berumur 27 tahun adalah bekas pemain pro CS:GO pada tahun 2015-2016 dan kini full-time streamer di Twitch. Dari segi kemahiran, dia boleh disamakan dengan Shroud, seorang pemain yang sangat hebat. Walaupun hanya menjadi streamer, dia boleh dikatakan sangatlah pro di dalam game PUBG. Oleh itu, tidak peliklah dia mempunyai ramai pengikut di Twitch!

4. TSM_Viss – (600,000k)

  • Twitch: 571, 750 followers
  • Youtube: 44,328 subscribers
  • Purata penonton: 3,907

Colton “Viss” Visser adalah pemain pro untuk Team SoloMid. Mempunyai 571,750 followers di Twitch, dia terkenal dengan gameplay PUBG. Berumur 24 tahun, Viss sudah lama menceburi bidang esports di mana ketika membesar, dia sudah mula bermain Halo 3, Call of Duty, dan Modern Warfare 2. Viss memperoleh tempat pertama untuk PUBG solo di utara Amerika dan juga duo. PUBG adalah game yang paling banyak di-stream oleh beliau iaitu sebanyak 4,514 jam.

https://www.youtube.com/watch?v=Ol1s_obVF9I

3. ChocoTaco – (1.2 Juta)

  • Twitch: 684,952 followers
  • Youtube: 612,296 subscribers
  • Purata penoton: 4,642

I'm super excited to announce that I will be transitioning to full-time streaming at the end of year!!!! Big thanks to everyone for all of the support. You guys are the best, and I owe it all to you. #blessed #thedream

— chocoTaco (@chocoTaco) November 9, 2017

Jake “ChocoTaco” Throop adalah bekas pendidik di Chicago, yang kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya dan beralih ke streaming PUBG di Twitch. Beliau berkata, bermain video game sebagai kerjaya adalah seperti satu mimpi, dan bangga dengan streaming, beliau menjana pendapatan yang lebih baik dari kerjanya yang biasa. Beliau adalah streamer yang mempunyai rank nombor 1 untuk kill rating di utara Amerika sebanyak tiga musim. Channel beliau lebih kepada mengajar dan memberikan tips kepada penonton, walaupun bukan pemain pro, dia adalah seorang pemain yang sangat mahir dan mampu menarik perhatian penonton dengan skillsnya yang hebat!

https://www.youtube.com/watch?v=2-KvVhShCtU

2. Dr.DisRespect – (4.3 Juta)

  • Twitch: 3,370,246 followers
  • Youtube: 949,788 subscribers
  • Purata penoton: 21,127

Herschel “Guy” Beahm IV atau lebih dikenali sebagai Dr.DisRespect adalah antara streamers yang terkaya di Twitch. Dia terkenal dengan streaming game battle royales seperti H1Z1, Fortnite dan sudah semestinya PUBG. Lebih menonjol dengan memakai pakaian dan rambut palsu, tidak dinafikan dia adalah pemain PUBG yang berkemahiran tinggi dan mampu menarik ramai penonton dengan personalitinya yang pelik dan kelakar.

1. Shroud (10.6 Juta)

  • Twitch: 6,082,569 followers
  • Youtube: 4,538,049 subscribers
  • Purata penoton: 45,877

Michael Grzesiek, yang terkenal dengan nama Twitchnya “Shroud”, bangga dengan pencapaiannya sebagai bekas pemain pro eSports. Kemahiran permainannya yang luar biasa dan persembahan yang hebat telah membantu dia menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Dia menunjukkan penguasaannya dalam permainan popular seperti PUBG dan Counter-Strike: Global Offensive. Dengan hampir 7 juta pengikut di Twitch, dia kini lebih memfokuskan kepada Apex Legends. Namun, kemahirannya dalam PUBG memang tidak boleh dinafikan – sangatlah power beb!

Ini adalah top 5 streamers yang paling ramai diikuti peminat dan mempunyai jumlah penonton yang banyak buat masa ini. Angka ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, tapi apa yang pasti, kesemua mereka bekerja keras dari awal sebelum berjaya menikmati hasilnya pada hari ini! Hanya dengan streaming, mereka buktikan yang kerjaya itu bukanlah sekadar mimpi, dan ianya boleh menjadi kenyataan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chocotacodr disrespectpubgShroudStreamersTOP 5
Previous Post

TOP 5 Kes Cheating/Hacking dalam Tournament dan Streaming yang mengemparkan dalam dunia Esports!

Next Post

*RUMORS* The Last of Us Part II akan muncul pada tahun ini juga!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
*RUMORS* The Last of Us Part II akan muncul pada tahun ini juga!

*RUMORS* The Last of Us Part II akan muncul pada tahun ini juga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd