Seiring dengan pelancaran realme GT 2 dan GT 2 Pro baharu di China, realme juga telah mengeluarkan realme GT Neo2 5G edisi Dragon Ball untuk peminat anime! Sebagai produk kolaborasi, Realme GT Neo2 meneruskan barisan GT dan menggabungkan unsur-unsur daripada dunia Dragon Ball ke dalam penampilan produk dan reka bentuk UI tema sistem, untuk mewujudkan “Goku” di smartphone.
Berikut adalah pandangan yang lebih terperinci pada GT Neo2 Dragon Ball:
Seperti yang anda dapat lihat, model Realme ini menampilkan warna oren dan biru yang diinspirasikan daripada pakaian ikonik Goku. Pada masa yang sama, ia juga menampilkan kanji Goku di penjuru kanan atas dengan logo realme di bawah.

Dari segi reka bentuk dalaman, Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball juga telah diubahsuai. Sebanyak 72 ikon UI tersuai Dragon Ball merangkumi hampir semua aplikasi biasa digunakan. Ia juga dilengkapi dengan animasi tersuai untuk sistem, wallpaper unik dan lockscreen yang sepadan.
Semasa menghidupkan GT Mode (mod gaming) kita seolah-olah akan menyeru Naga Shenron manakala animasi pengecasan pula menunjukkan perubahan Goku kepada Super Saiyan untuk memulihkan kuasa bateri ke 100%.

Kotak pun diberi tumpuan dan kita boleh melihat rekaan Goku termasuk transformasinya di sekitar pembungkusan. Selain smartphone, kotak ini juga mengandungi pelbagai aksesori tambahan bertema Dragon Ball seperti pelekat rawak, kad Shenron, sejenis poster kecil dan pin kad SIM dengan reka bentuk eksklusif Dragon Ball.

Untuk spesifikasi, Realme GT Neo2 Dragon Ball dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 870, 12GB RAM dan storan 256GB. Untuk kamera, telefon pintar ini mempunyai setup tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan kamera swafoto 2MP. Akhir sekali adalah paparan FHD+ AMOLED 6.62 inci 120Hz.
Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball berharga bermula RMB 2,699 (anggaran RM1,781.69), dan boleh didapati di kedai dalam talian realme di China mulai 7 Januari. Malangnya, telefon ini hanya tersedia di China dan tidak pasti sama ada ia akan dikeluarkan di Malaysia.
Sumber – Weibo
@gamersantaimy
Discussion about this post