gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime

Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball diumumkan, harga sekitar RM1.7K

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball diumumkan, harga sekitar RM1.7K
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan pelancaran realme GT 2 dan GT 2 Pro baharu di China, realme juga telah mengeluarkan realme GT Neo2 5G edisi Dragon Ball untuk peminat anime! Sebagai produk kolaborasi, Realme GT Neo2 meneruskan barisan GT dan menggabungkan unsur-unsur daripada dunia Dragon Ball ke dalam penampilan produk dan reka bentuk UI tema sistem, untuk mewujudkan “Goku” di smartphone.

Berikut adalah pandangan yang lebih terperinci pada GT Neo2 Dragon Ball:

Seperti yang anda dapat lihat, model Realme ini menampilkan warna oren dan biru yang diinspirasikan daripada pakaian ikonik Goku. Pada masa yang sama, ia juga menampilkan kanji Goku di penjuru kanan atas dengan logo realme di bawah.

Dari segi reka bentuk dalaman, Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball juga telah diubahsuai. Sebanyak 72 ikon UI tersuai Dragon Ball merangkumi hampir semua aplikasi biasa digunakan. Ia juga dilengkapi dengan animasi tersuai untuk sistem, wallpaper unik dan lockscreen yang sepadan.

Semasa menghidupkan GT Mode (mod gaming) kita seolah-olah akan menyeru Naga Shenron manakala animasi pengecasan pula menunjukkan perubahan Goku kepada Super Saiyan untuk memulihkan kuasa bateri ke 100%.

Kotak pun diberi tumpuan dan kita boleh melihat rekaan Goku termasuk transformasinya di sekitar pembungkusan. Selain smartphone, kotak ini juga mengandungi pelbagai aksesori tambahan bertema Dragon Ball seperti pelekat rawak, kad Shenron, sejenis poster kecil dan pin kad SIM dengan reka bentuk eksklusif Dragon Ball.

Untuk spesifikasi, Realme GT Neo2 Dragon Ball dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 870, 12GB RAM dan storan 256GB. Untuk kamera, telefon pintar ini mempunyai setup tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan kamera swafoto 2MP. Akhir sekali adalah paparan FHD+ AMOLED 6.62 inci 120Hz.

Realme GT Neo2 edisi Dragon Ball berharga bermula RMB 2,699 (anggaran RM1,781.69), dan boleh didapati di kedai dalam talian realme di China mulai 7 Januari. Malangnya, telefon ini hanya tersedia di China dan tidak pasti sama ada ia akan dikeluarkan di Malaysia.

Sumber – Weibo

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: animeDragon BallrealmeRealme GT Neo2 Dragon BallSmartphone
Previous Post

Senarai produk terbaru Acer untuk tahun 2022! Banyak produk gaming baru!

Next Post

Tarikh tayangan Anime Ultraman musim jatuh pada 14 April 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stuntfest – World Tour akan dikeluarkan pada hujung tahun 2022 di PC!
Berita

Stuntfest – World Tour akan dikeluarkan pada hujung tahun 2022 di PC!

June 30, 2022
Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!
Anime

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

June 30, 2022
Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!
Fakta & Trivia

Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!

June 30, 2022
Next Post
Tarikh tayangan Anime Ultraman musim jatuh pada 14 April 2022!

Tarikh tayangan Anime Ultraman musim jatuh pada 14 April 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

by Maira
June 30, 2022
0

Spy x Family telah menjadi siri anime yang hangat ditonton oleh ramai peminat anime selepas bermulanya musim terbaru tayangan anime....

Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!

Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!

by Maira
June 30, 2022
0

Satu projek kajian telah dilakukan oleh Broadband Choices untuk mencari siri anime mana yang paling popular di dunia dengan menggunakan...

Awas! FACEBOOK beri AMARAN kepada sesiapa yang cari perkataan “LOLI” !

Awas! FACEBOOK beri AMARAN kepada sesiapa yang cari perkataan “LOLI” !

by Maira
June 30, 2022
0

Rasanya ramai peminat sudah tahu kebanyakkan perkataan anime seperti Ikemen, bishoujo, shota, loli dan sebagainya. Elok pula sekarang tengah kecoh...

Fuuto PI, anime sekuel Kamen Rider W akan ditayangkan secara rasmi di Muse Asia!

Fuuto PI, anime sekuel Kamen Rider W akan ditayangkan secara rasmi di Muse Asia!

by Maira
June 30, 2022
0

Mesti ramai peminat Kamen Rider yang ternanti-nanti kan anime Fuuto PI sejak ia diumumkan. Berita baiknya anime tersebut akan tersedia...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In