Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

6 manga zombie TERBAIK untuk baca!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
6 manga zombie TERBAIK untuk baca!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang paling mengagumkan tentang manga adalah ia mampu diadaptasi kepada pelbagai genre dan subjek. Ini termasuk genre zombie yang sudah lama menjadi topik seram di Jepun. Setiap manga zombie mempunyai keunikan tersendiri dan menunjukkan aspek dan unsur-unsur berbeza melalui watak dan latar belakang. Oleh itu, saya ingin senaraikan siri manga zombie terbaik menurut laman web My Anime List!

Apocalypse no Toride (Score: 7.56)

Disabitkan dengan kesalahan membunuh, Yoshiaki Maeda baru sahaja tiba di Pusat Tahanan Remaja Akademi Shouran. Dia ditempatkan di sel nombor 4 dan bertemu dengan rakan sebilik, Gou Iwakura, Masafumi Yoshioka, dan Mitsuru Yamanoi, yang semuanya telah ditahan dengan pelbagai tuduhan berbeza.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi lebih buruk di mana mereka tidak sedar bahawa dunia luar telah dilanda oleh ancaman zombie secara tiba-tiba. Sebuah van yang membawa zombie juga baru saja merempuh penjara, lantas meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih bahaya.

Highschool Of The Dead (Score: 7.63)

Pada suatu hari, zombie tiba-tiba muncul dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara kepada masyarakat sekeliling. Di akademi Fujimi, pelajar sekolah menengah tahun dua Takashi Komuro menyaksikan zombie ini membunuh rakan-rakan sekolahnya. Dia melarikan diri ke bumbung bersama Rei Miyamoto dan Hisashi Igou, hanya untuk belajar bahawa dunia telah dikuasai zombie.

Di High School of the Dead, Takashi dan Rei kini harus bekerjasama dengan sekumpulan individu pelik yang terdiri daripada: Saeko Busujima, presiden kelab kendo; Saya Takagi, seorang genius yang kaya raya; Shizuka Marikawa, jururawat sekolah mereka yang seksi; dan Kouta Hirano, seorang otaku yang taksub dengan senjata api. Bersama, mereka mesti bertahan hidup melawan mayat-mayat hidup yang mengerikan ini.

Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto (Score: 7.62)

Setelah tiga tahun bekerja di sebuah “black company” (syarikat yang menyalahgunakan pekerja), Akira merasa keletihan dari segi mental dan fizikal. Semuanya berubah pada suatu hari. Dia pergi ke tempat kerja seperti biasa, tetapi melihat bandarnya penuh dengan zombie. Selepas sedar apa yang terjadi, kini dia ingin melakukan 100 perkara yang paling diingini sebelum dunia hancur. Bagaimana harus Akira menjalani hidupnya di dunia yang telah berubah dalam satu malam?

Sankarea (Score: 7.72)

Chihiro Furuya mempunyai obsesi yang aneh untuk zombie, terutamanya zombie wanita. Selepas kematian kucing peliharaannya Baabu, Chihiro memutuskan untuk membuat posyen bagi menghidupkan semula Baabu.

Namun, Chihiro gagal menemui ramuan yang betul untuk menghasilkan posyen ini, lalu ingin menanam Baabu. Sebelum dia dapat melakukan apa-apa, Chihiro berkenalan dengan Rea Sanka, yang mendorongnya untuk terus berusaha. Setelah mencampuri bunga Hidrangea yang beracun, Chihiro berjaya mencipta posyen ini. Tidak sedar bahawa posyen ini sebenarnya berjaya, Rea yang berhajat untuk bunuh diri telah minum posyen tersebut dan mendapati dirinya tidak mati. Setelah benar-benar mati dalam kemalangan maut, posyen ini menghidupkan Rea semula sebagai zombie.

Kini dibebaskan dari kehidupan yang sengsara, Rea pindah masuk ke rumah Chihiro, yang terpaksa menggunakan kepintarannya untuk menjaga zombie wanita tersebut.

I Am A Hero (Score: 7.73)

Hideo Suzuki berusia 35 tahun dan terpaksa bekerja sebagai pembantu mangaka apabila siri manga-nya gagal. Dalam dunia yang penuh halusinasi, dia sedar bahawa hubungan dengan teman wanitanya tidak berjalan lancar, dan mengesyaki yang teman wanita sedang menduakan Hideo bersama lelaki lain.

Setelah bergaduh dengan teman wanitanya tentang hubungan sulit ini, Hideo merasa kesal dan memutuskan untuk meminta maaf. Tetapi dunia yang dia tahu kini berbeza dan dia segera sedar bahawa masyarakat sekeliling kini menjadi zombie.

Gakkougurashi! (Score: 8.05)

Takeya Yuki sangat cintakan sekolahnya. Bagi Takeya, sekolah adalah tempat yang indah, di mana dia menikmati aktiviti-aktiviti seronok, terutamanya aktiviti “School-Life Club”. Kelab ini mempunyai Rii-chan sebagai presiden, Kurumi-chan sebagai ahli lain, dan guru, Megu-nee, yang sentiasa ada untuk Takeya. Ya, dia sangat cintakan sekolah ini… walaupun ia hanya ilusi. Kerana baginya, realiti sebenar yang terjadi di sekolah dan aktiviti kelab sebenarnya terlalu sukar untuk dihadapi.


Itu sahaja untuk senarai manga zombie terbaik menurut My Anime List. Apa pendapat anda? Manga zombie apa yang anda boleh cadangkan kepada pembaca lain? Jangan segan silu untuk kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Tags: animeFaktaJepunmangaSenaraiTriviazombie
Previous Post

Watak-watak anime “baik” tetapi dibenci oleh peminat!

Next Post

Berbaloi atau tidak Nintendo Switch OLED? Respon dari komuniti Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Berbaloi atau tidak Nintendo Switch OLED? Respon dari komuniti Malaysia!

Berbaloi atau tidak Nintendo Switch OLED? Respon dari komuniti Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd