Fokus utama untuk mana-mana siri anime pasti adalah wataknya. Semakin banyak watak ini disukai, semakin besarlah peluang untuk anime ini menjadi popular. Beberapa anime tertentu akan menampilkan watak-watak yang baik dan mulia, tetapi oleh sebab-sebab tertentu, akhirnya menjadi “orang jahat”. Dalam situasi ini, peminat kadang-kala lebih benci watak-watak tersebut berbanding antagonis sebenar. Di sini, saya akan senaraikan beberapa watak anime “baik” tetapi akhirnya dibenci oleh peminat.
Akira Takaoka (Assassination Classroom)
Akira Takaoka nampak seperti seorang guru yang penyayang dan suka membantu anak muridnya pada pada awal cerita Assassination Classroom. Ini berubah apabila cara dia mengajar dipersoalkan. Pada saat itu juga, persona baiknya akan berubah di mana dia menarik rambut dan menyepak perut anak murid tersebut dengan kuat sehingga dia jatuh di lantai dalam keadaan sakit. Akira juga merupakan antagonis utama bagi musim 1, di mana dia sanggup membiarkan bekas anak muridnya mati, hanya untuk membalas dendam.
Emilia (Re: Zero)
2016 merupakan tahun yang penting untuk salah satu perang waifu paling terkenal. Perang waifu ini terdiri dari Rem dan Emilia, di mana Rem akhirnya muncul sebagai pemenang jelas di mata peminat. Akibatnya, Emilia yang sebenarnya comel dan baik akhirnya dibenci oleh sebahagian besar peminat walaupun dia tidak membuat apa-ap kesalahan. Sebelum episod ke-18, Emilia merupakan gadis paling popular dari siri anime ini, tetapi setelah Rem mengaku cintanya kepada Subaru, Emilia dengan pantas menjadi salah satu watak yang paling dibenci.
Laurent Thierry (Great Pretender)
Apa yang membuatkan watak ini dibenci? Sebahagian besar adalah berpunca dari rancangan liciknya kepada watak utama siri, Makoto Edamura. Laurent membiarkan Edamura menyaksikan ayahnya membunuh Abigail dan Cynthia (dua rakan baik Edamura) di depan mata. Kemudian, Edamura terpaksa “membunuh” ayahnya sendiri. Peristiwa ini sungguh tragik sehingga Edamura menjadi mental dan mengalami ketidakstabilan emosi. Laurent tidak pernah meluahkan tujuan sebenarnya kepada Edamura. Walaupun ia mampu menyelamatkan protagonis kami, dia tidak ingin cerita hal sebenar kerana mahu Edamura bersikap “natural” supaya lebih membantu pelan mereka pada masa akan datang.
Seryu Ubiquitous (Akame Ga Kill)
Seryu sebenarnya sangat baik kepada Tatsumi (protagonis utama), tetapi itu kerana dia tidak tahu bahawa Tatsumi adalah ahli Night Raid. Seryu kemudian membunuh Sheele (rakan baik Tatsumi) dan pada masa itulah, personaliti sebenarnya terbongkar. Seryu mempunyai pandangan yang ekstrem tentang keadilan, di mana dia dengan gembira sanggup membunuh setiap musuh Empire. Disebabkan itu, rakan sepasukannya sendiri pun tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Seryu kerana pendiriannya yang ekstrem.
Shou Tucker (Fullmetal Alchemist: Brotherhood)
Dari luaran, Shou nampak seperti ibu bapa tunggal yang penyayang. Sebenarnya dia adalah lelaki yang tidak berperasaan dan sanggup melakukan eksperimen gila pada isteri dan anak perempuannya, lantas mengubah mereka menjadi makhluk chimera. Satu-satunya sebab Shou melakukan eksperimen gila ini adalah kerana dia ingin lulus dalam ujian State Alchemist dan menganggap eksperimen ini adalah tiket kepada sukses.
Rachel (Tower Of God)
Walaupun Rachel muncul sebagai gadis yang baik, dia sebenarnya amat mementingkan diri sendiri. Sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impian, ramai peminat tidak suka dengan cara-cara Rachel, lagi-lagi dengan kelakuannya terhadap Baam (protagonis siri). Daripada bekerjasama dengan ikhlas, dia sanggup meninggalkan Baam. Akhirnya Baam berjaya menemui Rachel, tetapi gadis ini tetap berbohong tentang niat sebenarnya. Didorong oleh keinginan jahat, Rachel membunuh Baam dengan menolaknya jatuh, tetapi tidak tahu bahawa Baam sebenarnya tidak mati dan masih hidup.
Sakura Haruno (Naruto)
Pada awal kisah Naruto Shippuden, Sakura menunjukkan kemajuan yang besar ketika berlawan Sasori bersama nenek Chiyo. Dia merupakan seorang “medical ninja” luar biasa dan sebenarnya memiliki kekuatan yang tidak ramai ninja di Konoha miliki. Namun, selama siri anime/manga Naruto berjalan, dia tidak melakukan apa-apa yang benar-benar memberi impak sehinggalah naratif Fourth Great Ninja War. Untuk majori kisah Naruto, dia hanya mampu menunggu Naruto atau orang lain untuk menyelamatkan keadaan, walaupun mempunyai kemahiran dan kepandaian yang sama hebat seperti rakan-rakannya yang lain. Selain itu, dia masih obses kepada Sasuke, walaupun dirinya hampir dibunuh oleh mamat tersebut. Ini membuatkan ramai peminat di seluruh dunia membenci Sakura.
Akio Tademaru (Kemono Jihen)
Akio adalah “father figure” yang baik dan penyayang kepada anak buahnya, Shiki Tademaru (rakan baik kepada protagonis utama). Shiki percaya bahawa dirinya adalah anak yatim selepas kematian ibu bapanya dan ini berterusan sehinggalah ke zaman remaja. Namun, rupanya Akio telah menipu Shiki tentang keadaan sebenar ibunya, Kumi. Akio sebenarnya ingin mengeksploitasi ibu Shiki, dan memaksanya untuk mengawan dengan pelbagai kemono (raksasa yokai) untuk menghasilkan sutera emas dari mitos, serta menyembunyikan perkara ini dari anak buahnya. Setelah kelahiran Aya (adik Shiki) yang mampu menghasilkan sutera emas, Akio juga menjadikan Kumi sebagai tebusan untuk memaksa Aya melakukan segala yang dia minta.
Itu sahaja bagi senarai saya untuk watak-watak anime “baik” tetapi akhirnya dibenci oleh peminat! Apa pendapat anda? Ada sesiapa yang anda ingin tambahkan ke dalam senarai ini? Jangan segan silu untuk memberi cadangan di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – Fandomspot
@gamersantaimy
Discussion about this post