Berikutan dengan perayaan Hari Raya Cina tidak lama lagi, 505 Games akan menjalankan satu sale besar-besaran di Steam dan PlayStation bermula 17 Januari 2023. Dengan adanya sale seperti ini, terdapat pelbagai game yang akan diberikan harga promosi. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai sale ini.
- Steam
- Part 1: 17 Januari sehingga 24 Januari 2023
- Part 2: 24 Januari sehingga 31 Januari 2023
- PlayStation
- 17 Januari sehingga 1 Februari 2023
Berikut adalah senarai game yang diberikan potongan harga sehingga 75%!
- Death Stranding Director’s Cut (-40%)
Game ini dibintangi pelakon terkenal Norman Reedus sebagai Sam “Porter” Bridges, merentasi kawasan-kawasan Amerika yang telah musnah selepas dilanda siri fenomena ghaib yang dikenali Death Stranding. Perjalanan ke barat untuk menghubungkan mereka yang tinggal selepas manusia hampir pupus.
- Control Ultimate Edition (-70%)
Selepas agensi rahsia di New York diceroboh oleh ancaman dunia lain, anda menjadi Pengarah baharu yang bergelut untuk mendapatkan semula Control. Anda akan dicabar untuk menguasai gabungan kebolehan ghaib, pemuatan yang boleh diubah suai dan persekitaran reaktif semasa bertarung melalui dunia yang dalam dan tidak dapat diramalkan.
Control akan mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jesse Faden untuk mencari jawapan semasa dia berkembang menjadi Pengarah. Dunia Control mempunyai kisahnya sendiri, begitu juga dengan sekutu yang ditemui Jesse sepanjang perjalanan. Jesse bekerja dengan ejen Biro lain dan menemui eksperimen dan rahsia pelik.
- Ghostrunner (-65%)
Ghostrunner adalah sebuah permainan slasher FPP hardcore yang penuh dengan aksi sepantas kilat, diatur dalam megastruktur cyberpunk yang agak katalism. Anda dapat memanjat Dharma Tower, tempat perlindungan terakhir umat manusia, setelah berlakunya bencana dunia. Jalan dari atas ke bawah, hadapi Keymaster zalim dan balas dendam anda dalam game.
- Bloodstained: Ritual of the Night (-65%)
- Brothers – A Tale of Two Sons (-75%)
- Drift21 (-60)
- Serial Cleaners (-20%)
- Rogue Spirit (-40%)
Banyak lagi game lain yang diberikan harga potongan dalam sale yang dilakukan oleh 505 Games. Kalau anda berminat untuk mendapatkan game-game ini, anda boleh ke Steam untuk membelinya. Saya ingin mengingatkan anda bahawa sale ini telah pun bermula pada hari ini iaitu 17 Januari sehingga 31 Januari 2023 di Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post