Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi UT UNIQLO Shin Japan Heroes Universe bakal tiba bulan Mac nanti!

safwan by safwan
January 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Figura/barang koleksi, Kolaborasi, Manga, Tokusatsu
0 0
0
Koleksi UT UNIQLO Shin Japan Heroes Universe bakal tiba bulan Mac nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuat kolaborasi bersama Naruto, UNIQLO kini kembali dengan mengumumkan koleksi UT mereka dengan kolaborasi bersama Shin Japan Heroes Universe. Koleksi ini akan tersedia pada awal bulan Mac 2023 dengan menampilkan 5 reka bentuk menarik. Namun, kami tidak pasti sama ada kolaborasi ini akan dibawa ke Malaysia ataupun tidak.

/
📣3月上旬~発売🆕
\#庵野秀明 氏が携わった日本を代表する4大ヒーロープロジェクト「シン・ジャパン・ヒーローズ・ユニバース(S.J.H.U.)」の #UT が新登場👉https://t.co/bKUZzSVXZo#シン・仮面ライダー#シン・ゴジラ#シン・エヴァンゲリオン劇場版#シン・ウルトラマン pic.twitter.com/pLdKeFISSZ

— ユニクロ (@UNIQLO_JP) January 16, 2023

5 reka bentuk baju tersebut dapat menampilkan siri popular mereka yang terdiri daripada Shin Godzilla, Shin Evangelion, Shin Ultraman dan juga Shin Kamen Rider. Kalau korang nak tahu siri Shin Japan Heroes Universe telah dicipta oleh Hideaki Anno.

Mengenai reka bentuk untuk koleksi ini, semua baju mempunyai reka bentuk di bahagian hadapan dan hanya sehelai sahaja yang menampilkan reka bentuk pada bahagian belakang juga.

Untuk reka bentuk Shin Godzilla, mereka menggunakan t-shirt yang berwarna hitam dengan menampilkan pandangan sisi Godzilla. Manakala baju Shin Evangelion, mereka menggunakan t-shirt yang berwarna kelabu dengan menampilkan reka bentuk Eva daripada filem terbaru mereka iaitu Evangelion: 3.0 + 1.0 Thrice Upon a Time.

Selain itu, mereka juga membawa masuk sehelai baju yang berwarna putih dan mempunyai reka bentuk di hadapan dan juga di belakang. Namun, gambar yang cetak pada baju di bahagian hadapan adalah lebih kecil dan terletak pada bahagian kiri atas. Manakala pada bahagian belakang pula, mereka menggunakan gambar Ultraman yang lebih besar dan nampak sangat menyerlah.

Mungkin disebabkan Shin Kamen Rider baru sahaja dikeluarkan pada tahun lepas, UNIQLO ingin menarik lebih ramai peminat Kamen Rider dengan menampilkan dua reka bentuk yang berlainan. yang pertama adalah t-shirt yang berwarna putih dengan menampilkan pandangan belakang Shin Kamen Rider . Untuk design kedua adalah reka bentuk yang menampilkan tulisan “I will fight” di bahagian hadapan.

Buat masa sekarang, UNIQLO Malaysia masih tidak mengumumkan sebarang berita mengenai kolaborasi Shin Japan Heroes Universe. Namun, berdasarkan UNIQLO Japan, mereka akan mengeluarkan edisi ini pada awal bulan Mac dan masih tidak mengumumkan sebarang tarikh tepat. Apapun, mari kita sama-sama nantikan pengumuman selanjutnya daripada UNIQLO.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Shin EvangelionShin GodzillaShin Kamen RiderShin Ultramanuniqlo
Previous Post

One Piece akan berlangsung lebih 10 tahun lagi – Bak kata seiyuu Luffy, Mayumi Tanaka!

Next Post

505 Games adakan Lunar New Year Sale di Steam & PS, potongan harga sehingga 75%!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
505 Games adakan Lunar New Year Sale di Steam & PS, potongan harga sehingga 75%!

505 Games adakan Lunar New Year Sale di Steam & PS, potongan harga sehingga 75%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd