Steam Winter Sale 2019 kini kembali! Bermula minggu lalu, pelbagai barisan permainan yang sememangnya menarik perhatian peminat dan pemain tergoda! Ini sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan kerana bermula dari 19 Disember 2019 dan akan berakhir 3 Januari 2020! Dan hari ini, kami akan kongsikan barisan permainan yang semestinya membuat anda geram untuk membeli yang anda teringin sangat sebelum ini kerana kesemua permainan ini mencecah diskaun sehingga 60% dan ada juga mencecah 70%!!
Jadi tanpa lengahkan masa, jom lihat sendiri barisan yang anda boleh simpan dalam senarai steam anda dengan diskaun yang menarik!
PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS
Ya kami tidak tipu, permainan kegemaran anda di PC ini kini ada diskaun sebanyak 60%! Mengikut harga asalnya adalah RM74.99 kini anda boleh membeli dengan harga RM37.49 sahaja! Separuh harga menjunam, permainan battle royale kegemaran ramai pemain yang termasuk streamer-streamer antarabangsa dan tempatan suka kan ini wajib berada dalam senarai anda! Jangan lengahkan masa buka steam anda sekarang!
MONSTER HUNTER: WORLD
Sebuah permainan aksi RPG dan pelbagai raksasa untuk ditewaskan, bukan itu sahaja baru juga hadir dengan kesinambungan permainan Monster Hunter World: Iceborne, kini anda boleh mendapatkan permainan yang hadir tahun 2018 ini dengan berharga RM55.60 sahaja dari RM139.00! Ada lagi, yang teringin versi bundle permainan ini, turut ada diskaun menarik dengan pelbagai DLC untuk didapati, semuanya anda boleh lihat di Steam!
RESIDENT EVIL 2 / BIOHAZARD RE:2
Virus tersebar di sekitar Raccoon City pada September 1998, kini dipenuhi zombi yang mendahagakan darah! Resident Evil 2 Remake membuat ramai peminat ingin mengulang masa kembali dan memainkan permainan ini! Hadir semula awal tahun yang lalu, sehingga berkolaborasi bersama PUBG Mobile, inilah peluang anda untuk mendapatkan permainan ini di Steam dengan berharga RM45.87 sahaja dari RM139.00! Jom musnahkan kaum-kaum zumbaaaa yang menyusahkan orang ni!
Sekiro: Shadows Die Twice
Kehangatan Sekiro: Shadows Die Twice masih belum surut apabila baru mendapat anugerah ‘Game of the Year 2019’ di The Game Awards 2019 yang berlansung seminggu lebih yang lalu, kini permainan ini boleh didapati di Steam dengan harga RM142.35 sahaja dari RM219.00! Inilah waktu anda untuk mendapatkan permainan bergenrekan pengembaraan aksi ini sekarang!
MORTAL KOMBAT 11
FATALITIES! Ya permainan perlawanan ini nampaknya ada diskaun besar-besaran! Anda nak jadi Sub-Zero? Atau Kitana? Atau Johnny Cage? Ini lah peluang anda untuk membelinya sementara tengah diskaun 60% ini! Harga asal Mortal Kombat 11 sepatunya RM199.00 di Steam tetapi kini hanyalah RM79.60! Memang silang kain pilih watak kegemaran anda, yang termasuk DLC yang anda boleh beli seperti Terminator, Sindel dan yang terbaru akan datang tahun depan JOKER semuanya didalam permainan ini!
Grand Theft Auto V
Permainan dari Rockstar Games yang tidak memakan zaman dan sehingga kini mempunyai berjuta pemain! Kini anda salah seorang yang harus menjadi komuniti GTA V dan bermainlah dengan pelbagai mod yang menarik atau terus bermain mod penceritaan dengan pelbagai misi untuk diselesaikan. Francais permainan aksi ini kini boleh didapati di Steam dengan berharga RM59.50 sahaja dari RM119.00! Wow memang susah nak dapat harga tengah murah macam tu kan!
THE EVIL WITHIN 2
Bukan setakat kehadiran zombi yang biasa, pelbagai makhluk aneh yang anda perlu tewaskan! Permainan aksi seram pandangan ketiga ini memerlukan anda untuk menyelesaikan pelbagai tahap permainan! Jadilah sebagai Sebastian, dan pasanglah segala perangkap atau gunakan senjata hebat untuk menyelamatkan diri. Ini lah peluang anda untuk membelinya di Steam dengan diskaun sebanyak 75%!!!! Dahulu RM158.00 kini sementara Winter Sale ini anda boleh membeli dengan harga RM39.50 sahaja!!!
Jadi apa tunggu lagi? Setiap pembelian anda sempena Winter Sale 2019 di Steam ini, anda turut akan menerima token dan menebus pelbagai barangan dalam Steamville Holiday Market yang termasuk kupon diskaun, sticker untuk Chat, Gambar Profile Steam, Efek Chat Room, Latar Belakang Profil dan banyak lagi! Setiap pembelian RM1 anda mendpat 25 token dan hanya boleh digunakan sehingga 3 Januari 2020! Jadi jangan lengahkan masa, jom ramai-ramai membeli belah di Steam Winter Sale 2019 kerana terlalu banyak lagi permainan video yang tengah diskaun sebelum terlambat!
@gamersantaimy
Discussion about this post