Pada minggu lepas, mesti ramai gamers seronok kan bila tahu banyak syarikat permainan video menghadiahkan game hebat-hebat belaka kepada kita. Siapa je yang tak suka kan? Terdapat banyak game percuma yang diumumkan sedang percuma untuk masa yang terhad. Sampai lima pon ada saya kira! Di sini, saya telah menyediakan senarai pendek untuk semua orang, agar anda semua dapat melihat game apa yang anda boleh tebus sekarang. Mari kita lihat bersama!
Watch Dogs
Watch Dogs adalah game action-adventure yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan oleh Ubisoft. Berlangsung dalam versi fiksyen Chicago, jalan cerita mengisahkan hacker, Aiden Pearce, yang ingin membalas dendam untuk pembunuhan anak buah perempuannya. Game ini dimainkan dari perspektif third-person, dan pemain boleh meneroka dengan berjalan kaki atau dengan kenderaan. Game ini dipuji kerana gameplay nya, reka bentuk misi dan dunianya, sistem pertempuran, unsur-unsur penggodam dan variasi misi. Tempoh percuma untuk game ini akan tamat pada 26 Mac.
The Stanley Parable
The Stanley Parable adalah drama interaktif dan walking simulator yang dikeluarkan pada 27 Julai 2011 sebagai mod percuma untuk Half-Life 2 tetapi kemudian dikeluarkan sebagai “remake” rasmi. Game ini tidak mempunyai elemen pertempuran atau aksi. Sebaliknya, ia melibatkan protagonis senyap bernama Stanley bersama naratif. Apabila pemain maju dalam jalan cerita, mereka akan berhadapan dengan laluan yang menyimpang. Bergantung pada pilihan yang dibuat, pemain akan menghadapi penamat yang berbeza sebelum game bermula semula. Tempoh percuma untuk game ini akan tamat pada 26 Mac.
Goat of Duty
Goat of Duty adalah parodi kepada Call of Duty dan merupakan game multiplayer first-person shooter yang pantas dan penuh aksi. Saya rasa itu sahaja yang perlu anda tahu. Tidak ada gameplay yang rumit, kesusahan mempelajari watak yang berlainan, menggabungkan abiliti, atau rancangan strategik … Goat of Duty hanya menyuruh pemain membunuh sesama sendiri memakai senjata yang kuat secara pantas. Memang banyak adegan lucu dalam game ini! Cukup untuk menghiburkan anda dan kawan-kawan sampai ke esok hari. Tempoh percuma untuk game ini akan tamat pada 1 April.
Monster Hunter: World (PS4)
Monster Hunter: World adalah game action-RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom. Dalam permainan, pemain mengambil peranan seorang Hunter, yang ditugaskan untuk memburu, membunuh atau memerangkap raksasa yang berkeliaran di persekitaran. Jika berjaya, pemain diberi ganjaran melalui loot yang terdiri daripada bahagian-bahagian daripada raksasa dan unsur-unsur lain yang digunakan untuk membuat senjata dan perisai. Permainan teras permainan mengharuskan pemain untuk mencipta peralatan yang lebih kuat bagi memburu raksasa yang lebih sukar. Tempoh percuma untuk game ini akan tamat pada 21 April dan memerlukan servis PS PLUS.
Star Diffusion
Star Diffusion adalah game mobile horror shooter. Pemain akan menjadi Reynold, seorang Galaxy Patrol (polis angkasa lepas) yang baru sahaja pulang ke Xeno Planet selepas tugas seharian. Dia mendapati bahawa semuanya telah berubah di atas planet artifisial ini. Penduduknya hilang dan makhluk-makhluk pelik ada di mana-mana. Melarikan diri daripada tempat berbahaya ini bukanlah satu pilihan kerana Reynold harus maju ke hadapan dan mencari anak perempuannya yang hilang. Terokai planet bahaya ini, cari anak perempuan kau yang hilang dan bongkarkan kebenaran disebalik planet misteri tersebut. Tempoh percuma untuk game ini akan tamat pada 27 Mac.
@gamersantaimy
Discussion about this post