Kali terakhir adalah Januari lalu kami menampilkan Maxhaze, Chiko dan Sharina Richie untuk streamer ditonton, kali ini kami kembali lagi dengan 3 lagi streamer yang korang boleh isi slot kemurungan duduk kat rumah sebab COVID-19 tu!
Mana tak nya, memang seronok tengok TV, tapi banyak yang hantu game sebabkan kena lockdown ni sampai dah buntu nak main game apa ye dok? Dah beli game itu ini, poket makin kering… Tak kan nak beli game guna duit KWSP, kang makan meggy je pulak! Haaa jadi apa kata korang luangkan masa tengo 3 streamer yang kami kongsikan hari ini! Dapat gak korang luang masa, belajar skil-skil sikit tengok game apa dorang main bboleh masuk senarai~ Jadi tak payah tunggu lama-lama jom usha 3 orang senarai streamers kita kali ini!
FattahZie Gaming

Koroi ooo koroi~ Siapa sahaja tidak tahu dengan streamer ini, nama melonjak naik FattahZie Gaming atau Fattah Zakaria yang mempunyai follower seramai 195k di Facebook juga Like sebanyak 55,200 peminat dan juga 3,210 member hanya pada group Facebooknya sendiri Koroi Fans ★★★★★!

Dunia Fattah dengan PUBG Mobile tidak dapat dipisahkan, mana sahaja acara ada Fattah nama pun dah Influencer kan. Sembang pasal streaming Fattah memang tak bosan lah! Bukan setakat PUBG Mobile, bosan-bosan dia kasi jalan Grand Theft Auto V juga geng! Jadi memang korang boleh usha sendiri skil Fattah ni terutama yang minat PUBG Mobile tu okay!
Uncle Dyy

Yang kedua menjadi perhatian kami untuk kongsikan pada korang semua adalah Uncle Dyy ataupun Hadi! Mempunyai Follower di Facebook seramai 77k, juga like sebanyak 26k, jangan tanya kenapa jika setiap stream dia ada beratus-ratus share dan view sentiasa beriban-riban la!

Memang tak bosan lah tengok stream Uncle Dyy ni, sebab dia bukan stream satu game je! Macam-macam game gaiss! Dari Call of Duty: Mobile, Assassins Creed, GTA V sampai lah yang paling baru-baru Call of Duty: Warzone! Semua game kalau boleh dimainkan Uncle Dyy memang dia main lah! Jadi jangan tunggu lama-lama kasi like dan follow Facebook dia sekarang okay!
HELKiT Gaming

Mestilah kami akan selitkan satu awek betul tak? Haaaa ni lagi sorang awek comel bernama HELKiT Gaming atau Heela Shariff yang makin mantap dalam PUBG Mobile! Setakat main dengan Soloz ke Obot ke memang selalu sangat dah! Mempunyai follower Facebook seramai 36K dan Like seramai 12K, memang korang kena ramai-ramai support dan like awek ni lah!

No worries lah! Sebab Heela ni bukan setakat stream PUBG Mobile sahaja, dia pun ada stream GTA V! Agak korang dah bosan sangat join je custom room yang selalu jugak lah Heela ni buat dan korang siap boleh menang UC okay!
Okay sampai sini sahaja perkongsian streamer kali ini, harap dapat penuh kan senarai following Facebook Gaming streamer korang tu eh! Kalau nak usha streamer yang pernah kami kongsikn pun boleh. Andai kata ada lagi streamer or gamer yang mantap nak kami kongsikan selepas ini, jangan lupa kongsikan di ruangan komen Facebook kami okay! Jadi harap terobat hati kebosanan Lockdown COVID-19 korang ye~Chaw!
@gamersantaimy
Discussion about this post