Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

16 Pasukan Serantau akan berentap bermula 1 Mei untuk PERLAWANAN AKHIR PMPL ASIA TENGGARA S1!

Yoodo Gank? Team Secret? Atau BTR AROV? Sokong terus pasukan dari Malaysia ini!

Nyny.A by Nyny.A
April 30, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Android, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile
0 0
0
16 Pasukan Serantau akan berentap bermula 1 Mei untuk PERLAWANAN AKHIR PMPL ASIA TENGGARA S1!
Share on FacebookShare on Twitter

16 pasukan kental dari serantau bagi permainan PUBG Mobile kini bakal berentap untuk mendapatkan kemenangan di PERLAWANAN AKHIR PMPL ASIA TENGGARA S1 PUBG MOBILE yang akan bermula mulai 1 Mei hingga 3 Mei 2020! Pasukan-pasukan ini akan berebut kolam hadiah sehingga USD 150,000 (RM647,325.00).

Sebagai tamabahan, dua pasukan terbaik (top 2) dari PMPL ASIA TENGGARA S1 akan dibawa ke PUBG MOBILE World League. Sekiranya salah satu daripada dua pasukan yang layak sudah mendapat tempat yang selamat di PUBG MOBILE World League, slot akan diberikan kepada pemenang tertinggi berikutnya.

16 pasukan ini terdiri daripada pemenang PMPL serantau yang baru-baru ini diadakan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kumpulan ini juga terdiri daripada pemenang teratas dari PUBG MOBILE Club Open 2019.

Ini adalah pasukan yang akan berentap bermula esok:

  • Malaysia: Team Secret; Bigetron AROV dan Yoodo Gank
  • Thailand: RRQ Athena; Golden Cat; King of Gamers Club dan Illuminate The Murder
  • Indonesia: Bigetron RA; Morph Team dan ONIC Esports
  • Vietnam: Box Gaming; Bad Boy dan Talent
  • Wildcard: Blacklist International; Orange Esports CG dan Yangon Galacticos

PMPL SEA Finals S1 akan disiarkan secara langsung di laman Facebook PUBG MOBILE rasmi setiap negara. Di Thailand dan Indonesia, streaming video AR akan dilaksanakan untuk menghadirkan penonton visual kepada penonton mereka. Di Malaysia, perlawanan akan disiarkan melalui laman Facebook rasmi PUBGM MY.

“Selepas berjaya menempuhi persaingan sengit, wakil-wakil dari setiap negara di Asia Tenggara akan berentap antara satu sama lain. Ia adalah satu acara istimewa bagi PMPL dan kami memutuskan untuk mempertontonkan kejohanan dalam talian ini dengan menggunakan teknologi visual yang terbaik. Ia turut memberi peluang kepada PUBG MOBILE untuk membuat percubaan dan meningkatkan lagi tahap profesionalisme acara Esports. Kami berharap agar setiap pasukan yang mewakili setiap negara dapat membuat kejutan pada tahun ini, dan kami yakin bahawa kejohanan ini akan menjadisalah satu platform Esports yang disegani di rantau ini,” kata Ketua Esports AsiaTenggara PUBG MOBILE, Gaga Li.

Gaga menambah bahawa untuk memastikan persaingan yang adil, PMPL juga akan memiliki sistem replay di mana perincian permainan dapat diperhatikan dan diperiksa. “Kami telah menyediakan layanan khusus untuk permainan di Asia Tenggara untuk memastikan permainan dapat dijalankan dengan lancar dan dengan gangguan minimum,” katanya.

Jadi jangan lupa untuk sokong pasukan yang mewakili Malaysia dalam  PERLAWANAN AKHIR PMPL ASIA TENGGARA S1 PUBG MOBILE ini bermula esok ok!

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: BTR AROVPERLAWANAN AKHIR PMPL ASIA TENGGARA S1 PUBG MOBILEpubg mobileteam secretYoodo Gank
Previous Post

Perincian terbaru NieR Replicant ver.1.22474487139 & Re[in]carnation telah didedahkan!

Next Post

Ulasan Legends of Runeterra: “Alami dunia League of Legends dalam versi yang lebih strategik!”

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ulasan Legends of Runeterra: “Alami dunia League of Legends dalam versi yang lebih strategik!”

Ulasan Legends of Runeterra: "Alami dunia League of Legends dalam versi yang lebih strategik!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd