Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 pertarungan ANIME paling HEBAT untuk DEKAD ini! Dari NARUTO ke Dragon Ball!

Pertarungan manakah menjadi kegemaran anda?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2020 - Updated on March 3, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
10 pertarungan ANIME paling HEBAT untuk DEKAD ini! Dari NARUTO ke Dragon Ball!
Share on FacebookShare on Twitter

Dekad ini diisi dengan beberapa anime luar biasa yang saya yakin semua orang pasti kenal. Hari ini saya ingin berbincang tentang pertarungan anime paling hebat pada dekad ini, dan tidak boleh dinafikan bahawa ada banyak yang mengagumkan saya, terutamanya dari siri-siri anime shonen. Malah, anda juga boleh kata bahawa dekad ini mempunyai antara pertarungan terbaik yang pernah dilihat dengan beberapa anime baru seperti My Hero Academia dan Attack on Titan yang hadir selepas 2010, dan siri lama seperti Naruto yang akhirnya sampai kesimpulannya. Sempena permulaan tahun 2020, saya ingin berkongsi kepada kamu senarai pertarungan paling hebat yang pernah saya saksikan. Hanya satu peringatan, pertarungan ini tidak disusun dalam mana-mana urutan tertentu. Jadi semua ialah kegemaran saya.

Mob vs. Koyama – Mob Psycho 100

Salah satu pertarungan paling hebat pada dekad ini adalah pertarungan antara Mob dan Megumu Koyama. Walaupun setiap pertarungan dalam Mob Psycho 100 sangat menakjubkan, studio BONES menunjukkan kehebatan mereka untuk adegan Mob vs. Koyama. Sekumpulan animator yang bersemangat dan berbakat telah menyampaikan usaha mereka apabila Mob mengeluarkan 100% ANIMOSITY. Pertarungan luar biasa antara kedua-dua pihak itu berakhir selepas Mob menghempaskan Koyama ke tanah setelah mengangkatnya beberapa kaki tinggi di langit.

Jotaro Kujo vs. Dio Brando – Jojo’s Bizarre Adventures

Selepas Jojo’s Bizarre Adventures kembali dengan remake pada 2012, satu nafas baru diberi ke siri terkenal ini. Anime ini memberi antara pertarungan paling ikonik dalam sejarah sejak lapan tahun yang lalu dengan jeritan ORA ORA ORA atau MUDA MUDA MUDA. Pertarungan paling diingati daripada semua pergaduhan JoJo adalah pertembungan Jotaro dan Dio di Stardust Crusaders. Setelah kematian Kakyoin, Jotaro menyedari bahawa stand-nya, Star Platinum telah berevolusi ke tahap yang lebih tinggi dari stand Dio, The World. Pertarungan ini bukan sahaja menunjukkan betapa kuatnya stand Jojo, tetapi juga menamatkan hayat antagonis berkarisma ini.

Netero vs. Meruem – Hunter X Hunter

Netero vs. Meruem menyaksikan klimaks story arc Chimera Ant dan akan sentiasa terukir di hati peminat dengan kehilangan seorang wira. Walaupun perbezaan kuasa antara mereka jelas boleh dilihat, pertarungan ini disusun dengan cantik, dan menunjukkan betapa besar jurang kekuatan yang dimiliki oleh Meruem. Walau bagaimanapun, kekuatan Netero tidak boleh dipandang rendah dan antagonis biasa pasti tewas jika bertemu dengan Netero (sebuah fakta yang dibuktikan kerana dia ialah Chairman untuk Hunter Association). Pengorbanan Netero pada penghujung pertarungan akhirnya berjaya membunuh Meruem secara tidak langsung (diracun).

Naruto vs. Sasuke – Naruto Shippuden

Pertarungan yang dinanti-nantikan oleh setiap peminat akhirnya berlaku di Valley of End selama dua episod pada tahun 2016. Pertemuan Naruto dan Sasuke tidak dapat dielakkan, dan Studio Pierrot menyampaikan emosi mereka dalam cara paling epik. Terima kasih kepada beberapa animator terbaik, seperti Hiroyuki Yamashita, Naruto vs. Sasuke harus diakui antara pertarungan paling hebat pada dekad ini, walaupun pendapat anda di luar sana berbeza. Pertarungan ini berakhir dengan Sasuke akhirnya mengaku kalah kepada Naruto dan mengaku bahawa membalas dendam bukanlah jawapan (mereka siap hilang tangan!).

Saitama vs. Boros – One Punch Man

Senarai ini tidak lengkap tanpa pertarungan Saitama dan Boros. Episod 12 dalam siri One Punch Man memang adalah satu hadiah kepada peminat dengan Saitama akhirnya berlawan dengan serius. Saitama vs. Boros memberikan kami antara aksi pertempuran paling berkualiti dalam sejarah anime dengan bantuan animator berbakat seperti Yutaka Nakamura, Kameda, dan lain-lain. Sama seperti Netero vs. Meruem, Saitama menunjukkan betapa kuatnya abilitinya dan menggunakan Serious Punch untuk mengalahkan Boros.

All Might vs. All For One – My Hero Academia

Antara banyak-banyak pertarungan dari My Hero Academia, All Might vs. All For One sangat menonjol kerana ia memberi impak kepada jalan cerita dan juga nilai emosi yang dibawa. Pertarungan All Might vs. All For One menangkap minat saya dari awal hingga akhir. Walaupun pertarungan ini tidak menarik seperti beberapa yang lain dalam senarai, nilai yang dibawa itu sama beratnya. Satu pertarungan yang menandakan penamat All Might dan All For One pastinya sesuai untuk dimasukkan ke dalam senarai ini, dan saya sendiri tidak puas hati jika ia tidak disertakan.

Goku vs. Jiren – Dragon Ball Super

Goku sentiasa menunjukkan mengapa dia adalah wira terkuat tetapi sudah tentu setiap jalan cerita akan ada musuh baru. Muncullah Jiren dari Universe 11. Di Tournament of Power, Goku mempunyai tanggungjawab untuk mengalahkan Jiren dan menyelamatkan universe-nya sendiri daripada dihapuskan. Dengan berbuat demikian, dia bukan sahaja memikul nasib universe tetapi juga membangkitkan kuasa terunggul, Ultra Instinct. Sekali lagi, terdapat nilai emosi yang besar di sebalik pertarungan Goku vs. Jiren, dan animasi pun sangat hebat (hanya untuk pertarungan terakhir). Beberapa nama terbesar Toei seperti Naotoshi Shida, Yong-ce Tu, dan Naoki Tate memastikan agar peminat semua akan terus ingat pertarungan ini, dan saya yakin bahawa ia akan kekal di hati kami selama-lamanya.

Monkey D. Luffy vs. Charlotte Katakuri – One Piece

Dengan One Piece makin menghampiri penamatnya, perjalanan Luffy semakin sukar. Whole Cake Island melihat Luffy menyahut cabaran terbesarnya pada masa itu dalam bentuk Charlotte Katakuri. Dengan nasib krew-nya bergantung pada kemenangannya, Luffy tidak mempunyai pilihan lain selain mengalahkan Katakuri dan dia melakukannya dengan bergaya – memperkenalkan SNAKEMEN. Pertarungan ini adalah satu keajaiban animasi yang memerlukan kerja keras dari Toei dan saya sangat puas hati dengan hasilnya. Ia adalah satu episod yang melihat beberapa animator nama besar kembali ke One Piece, seperti Naotoshi Shida, Koudai Watanabe, dan Tu. Koreografi yang cemerlang dan tanggungjawab Luffy adalah apa yang membuat ia disertakan sekali ke dalam senarai ini.

Levi vs. Beast Titan – Attack On Titan

Dikenali sebagai anime terbaik dekad ini, ia bukanlah satu kejutan yang Attack on Titan menampilkan beberapa pertarungan paling bagus yang saya lihat baru-baru ini. Walaupun ada banyak pilihan, kami merasakan pertarungan Levi dan Zeke agak dinamik, terima kasih kepada Wit Studio. Pertarungan ini bermula dengan kematian Erwin Smith, yang menggunakan tubuhnya sebagai perisai untuk membuka jalan bagi Levi menyerang Beast Titan. Dalam adegan animasi yang indah dan smooth oleh legenda Arifumi Imai, kita melihat Levi mencincang Beast Titan kepada beberapa bahagian. Tidak sia-sia pengorbanan kamu Erwin.

Naruto & Sasuke vs. Otsutsuki Momoshiki – Boruto: Naruto Next Generations

Walaupun Boruto tidak begitu popular seperti Naruto, tidak dinafikan bahawa beberapa pertarungan yang ditampilkan sangat berkualiti. Satu pertarungan yang betul-betul memberi impak adalah ketika Naruto dan Sasuke bertarung Momoshiki Otsutsuki di Boruto episode 65. Episod ini dianggap sebagai antara animasi paling mengagumkan kerana pertempuran ini sangat cantik dan menunjukkan gerak geri pertarungan mereka, hasil daripada storyboarding kreatif dan arahan dari Chengxi Huang. Episod ini memberi kejutan kepada setiap peminat Naruto dan bukan sahaja memberi aksi pertempuran yang hebat, malah memastikan peminat berasa nostalgia dengan Naruto dan Sasuke bekerjasama untuk mengalahkan Momoshiki. Adegan terakhir menggambarkan bagaimana generasi lama menyerah tanggungjawab mereka kepada generasi baru, dan ini menjadi salah satu sebab mengapa kami masih memandang tinggi kepada siri Boruto.

Tags: animeDragon Ballnarutoone piecePertarunganTerhebat
Previous Post

Filem MONSTER HUNTER akan keluar pada 13 Ogos 2020 di GSC!

Next Post

Beberapa gamer bertuah akan membawa pulang trofi Golden Helmet sempena PUBG Awards 2019!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Beberapa gamer bertuah akan membawa pulang trofi Golden Helmet sempena PUBG Awards 2019!

Beberapa gamer bertuah akan membawa pulang trofi Golden Helmet sempena PUBG Awards 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd