Jika anda bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds selama beberapa minggu yang lalu, kemungkinan besar anda akan melihat beberapa pemain sedang melakukan aksi-aksi gila dalam permainan. Ini kerana PUBG Awards 2019 sedang berlangsung bermula November lalu dan menugaskan para pemain untuk menyelesaikan cabaran yang berbeza setiap minggu demi ganjaran item kosmetik dan juga hadiah-hadiah dalam kehidupan sebenar. Pemenang terpilih akan diberi trofi PUBG emas dalam bentuk topi keledar, tetapi harus diingatkan bawah trofi ini sangat terhad dan hanya beberapa boleh diberikan kepada pemenang.
Kami belum melihat trofi ini sepenuhnya, tetapi preview-nya dikongsi dalam PUBG site post yang menjelaskan proses pengedaran trofi. PUBG Corp berkata satu trofi akan diberikan untuk setiap rantau dengan proses mengundi yang menentukan pemenang bagi setiap minggu.
“Sebaik sahaja pemenang setiap minggu dipilih, kami akan mengadakan undian fan-favorite untuk menentukan siapa yang akan membawa pulang anugerah PUBG Award 2019. Hanya ada satu trofi di setiap rantau, jadi pastikan anda berikan yang terbaik.” – PUBG
You’ve seen our favorites – but which is yours? Vote now to choose the #PUBGAwards2019 Fan Favorite and winner of the Golden Lv. 3 Helmet Trophy!
— PUBG (@PUBG) January 1, 2020
@gamersantaimy
Discussion about this post