Anime shonen adalah genre anime yang ditujukan untuk remaja lelaki berumur antara 12 ke atas dan mempunyai banyak aksi berlawan. Plot anime ini biasanya mempunyai protagonis lelaki yang ingin lakukan yang terbaik dalam apa sahaja yang dia lakukan. Dalam siri Naruto, matlamat adalah untuk menjadi Hokage manakala di My Hero Academia, Deku ingin menjadi hero nombor satu dan menggantikan All Might.
Senarai ini melihat 10 anime shonen terbaik yang pernah keluar mengikut rating-nya di IMDb. Siri shonen adalah sebahagian daripada genre anime yang paling popular. Walaupun beberapa siri dalam senarai ini telah muncul dalam Weekly Shonen Jump, majalah manga di Jepun, semua rating berdasarkan anime mereka.
Jojo’s Bizarre Adventure (2012) – 8.4
Senarai dimulakan dengan Jojo’s Bizarre Adventure. Dikeluarkan pada 2012, Jojo’s Bizarre Adventure berkisarkan tentang Jonathan Joestar. Jonathan Joestar yang terlibat dalam peperangan melawan Dio Brando, yang menggunakan kuasa Stone Mask yang misteri untuk menjadi seorang vampire.
Di masa depan New York City, Jonathan Joestar mempunyai cucu bernama Joseph yang belajar tentang legasi JoJo. Ini menyebabkan persaingan antara Joseph dan Dio bermula. Jojo’s Bizarre Adventure kini telah diadaptasi kepada lima bahagian dengan bahagian paling terkini, Golden Wind, ditayangkan pada 2018. Siri asal mempunyai 26 episod.
Rurouni Kenshin (Samurai X) – 8.5
Dikeluarkan pada 1996, Samurai X (Rurouni Kenshin) adalah anime samurai. Siri ini berlaku pada penghujung era Bakumatsu. Hitokiri Battousai adalah pembunuh upahan dengan reputasi sebagai seorang yang kejam.
Sepuluh tahun kemudian, pembunuh legenda ini menukar nama kepada Kenshin Himura dan menjalani kehidupan yang berbeza. Selepas mengangkat sumpah untuk tidak membunuh lagi, Hitokiri melindungi mereka yang tidak boleh melindungi diri mereka sendiri. Samurai X berjalan selama satu musim dan disiarkan sebanyak 94 episod.
Dragon Ball – 8.5
Korang pasti dapat teka anime ini akan masuk dalam senarai. Dragon Ball, telah dikeluarkan pada 1986, dan berkisahkan Son Goku yang bertemu Bulma dengan misi untuk mencari bola naga bagi membuat hajat. Lalu, Goku pon menyertai pengembaraan ini. Segalanya selepas itu, korang tahu lah.
Sepanjang perjalanan, Goku bertemu banyak rakan dan musuh baru. Dragon Ball mempunyai banyak musim, spin-off, dan filem sepanjang hayatnya tetapi siri asal bermula dengan 153 episod.
My Hero Academia – 8.5
Dikeluarkan pada 2016, My Hero Academia boleh dikatakan sebagai antara anime yang paling popular selain daripada One Piece. Siri ini mengikuti Izuku Midoriya. Izuku, yang juga dikenali sebagai Deku, mempunyai matlamat untuk menjadi hero nombor satu, tetapi pelbagai masalah menghalang perjalanannya.
Di dunia di mana orang mempunyai quirk – kebolehan yang bertindak sebagai superpower – Deku tidak memiliki satu. Deku memandang tinggi kepada hero nombor satu, All Might dan selepas satu pertemuan dengannya, All Might memutuskan untuk menjadikan Deku sebagai penggantinya. All Might menurunkan quirk-nya, One For All, kepada Deku yang kini harus mahirkan kebolehan itu sebaik mungkin. My Hero Academia kini menyiarkan musim keempat dengan siri asal mempunyai 13 episod.
Fullmetal Alchemist – 8.6
Anime asal dalam siri Fullmetal Alchemist, siri versi 2003 ini adalah yang kurang popular. Fullmetal Alchemist mengikuti Edward Elric dan adiknya Alphonse dalam usaha mereka untuk memulihkan ibu bapanya menggunakan alkimia terlarang.
Selepas gagal mengawal alkimia terlarang itu, Edward kehilangan dua anggota badannya dan roh Alphonse dipindahkan ke baju perisai. Edward dan Alphonse mencari batu untuk membantu kembalikan Alphonse. Sepanjang jalan, mereka terpaksa bertarung dengan pelbagai musuh lain yang juga mencari batu itu. Fullmetal Alchemist berlangsung selama satu musim dan disiarkan sebanyak 51 episod.
Hunter X Hunter (1999) – 8.7
Adaptasi anime asal manga Hunter x Hunter pertama kali dikeluarkan pada pada tahun 1999. Hunter x Hunter mengikuti Gon Freecss, seorang pemburu dalam latihan. Ayah Gon meninggalkan Gon semasa dia masih kecil, jadi Gon menjadikan ini sebagai misi untuk mencari ayahnya.
Dalam perjalanan, Gon mengambil Hunter Exam untuk menjadi hunter rasmi. Perjalanan Gon jauh lebih sukar daripada yang dia jangkakan selepas dia mengalami konflik demi konflik. Hunter x Hunter berlangsung selama satu musim dan disiarkan sebanyak 62 episod.
Gintama – 8.7
Dikeluarkan pada 2006, Gintama adalah anime aksi yang sangat terkenal. Ditetapkan di zaman feudal Jepun di mana makhluk asing berusaha untuk mengambil alih bumi, Gintoki Sakata adalah salah satu samurai terakhir yang masih hidup. Gintoki, Shinpachi Shimura, Kagura, dan anjing mereka Sadaharu, menjalani kehidupan mereka di dunia baru sambil melakukan pelbagai pekerjaan yang ganjil.
Gintama mempunyai lapan musim dengan musim terakhir dibahagikan kepada dua bahagian. Selain itu, terdapat banyak filem, spin-off, dan OVA dalam siri ini. Siri asal mempunyai 201 episod.
One Piece – 8.7
Menyaingi My Hero Academia sebagai salah satu anime terbaik terkini, One Piece dikeluarkan pada 1999 dan mengikuti Monkey D. Luffy, kapten kepada lanun topi jerami.
Luffy dan rakan-rakannya telah mulakan pengembaraan untuk mencari harta karun milik raja lanun terhebat Gol D. Roger. Khazanah itu dikatakan boleh membawa kemasyhuran dan kekayaan serta gelaran raja lanun. One Piece masih ditayangkan sehingga kini mempunyai lebih daripada 900 episod buat masa sekarang.
Hunter x Hunter (2011) – 8.9
Reboot Hunter x Hunter, telah dikeluarkan pada 2011. Mengikut plot yang sama, Hunter x Hunter menerima kemas kini dalam art style, dan juga sudut baru untuk kamera dalam siri. Cerita ini masih mengikuti Gon dalam pencarian untuk ayahnya, tetapi diberi penampilan yang lebih moden. Hunter x Hunter 2011 berlangsung hanya satu musim, dan disiarkan sebanyak 148 episod.
Fullmetal Alchemist: Brotherhood – 9.1
Dianggap sebagai salah satu reboot anime yang paling hebat, Fullmetal Alchemist: Brotherhood menamatlan senarai ini sebagai anime shonen terhebat sepanjang zaman. Dikeluarkan pada tahun 2009, Fullmetal Alchemist: Brotherhood bermula sama seperti versi asalnya.
Walau bagaimanapun, penamat Brotherhood lebih mengikuti manga berbanding versi asalnya. Penamat Fullmetal Alchemist: Brotherhood yang diubahsuai telah menjadikannya sebagai salah satu anime paling kemas dan tepat yang pernah dikeluarkan. Siri ini juga berlangsung selama satu musim, dan ia disiarkan selama 64 episod.
@gamersantaimy
Discussion about this post