ZTE telah mengumumkan logo baharu mereka sebagai ZTE | nubia. Penjenamaan baru ini merangkumi intipati personaliti muda dan teknologi termaju. Transformasi ini juga menekankan komitmen ZTE untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang. Bukan setakat itu sahaja, nubia Z60 Ultra juga telah dilancarkan! Jom kita lihat serba sedikit mengenai telefon baru ini.

nubia Z60 Ultra hadir dengan reka bentuk yang unggul, sistem fotografi NEOVISION yang inovatif dan prestasi hebat untuk penggunanya. Dilengkapi dengan reka bentuk Flexible UDC Full Screen, disepadukan dengan 5th Generation Under Display Camera (UDC) Technology terbaru bersama-sama UDC Ultra Independent Display Chipset. Kombinasi hebat ini memastikan pengalaman tontonan yang bagus.
Antara ciri utama pada telefon ini adalah BOE Q9+ Screen yang menawarkan peningkatan 50% yang luar biasa dalam kestabilan warna berbanding bahan Q9 sebelumnya. Dibangunkan dalam makmal nubia yang berprestij, kemajuan ini memastikan pengguna menikmati warna-warna yang vibrant dan benar-benar nyata dengan setiap penggunaan.

Telefon ini juga menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang memastikan prestasi yang lancar untuk pelbagai tugas. Dengan frekuensi mencecah sehingga 3.3GHz, cipset ini cemerlang dalam pengendalian walaupun menggunakan aplikasi yang paling mencabar, menjanjikan pengguna pengalaman yang lancar dan responsif pada telefon pintar mereka.
nubia Z60 Ultra juga mempunyai rintangan habuk dan air bertaraf IP68, memastikan ketahanan yang tiada tandingan terhadap unsur alam sekitar. Sama ada anda melalui rupa bumi berdebu atau menghadapi cuaca hujan, nubia Z60 Ultra direka untuk menahan semuanya, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon pintar yang berdaya tahan.

Menampilkan setup Triple Main Camera, sistem ini menawarkan fleksibiliti dan kualiti imej yang tiada tandingan. Dengan kamera sudut ultra-wide 50 MP untuk landskap yang luas, kamera humanistik 50MP untuk potret, dan kamera telefoto periskop 64MP untuk keupayaan zum yang mengagumkan, pengguna boleh menangkap gambar yang menakjubkan dalam apa jua keadaan. Setiap kamera dilengkapi dengan Triple Optical Image Stabilization (OIS) dan disalut dengan penapis IR untuk prestasi yang dipertingkatkan, memastikan ketajaman, kejelasan dan penghasilan warna yang tepat dalam setiap foto.
nubia Z60 Ultra mempunyai bateri 6000mAh yang dipertingkatkan dengan komposisi silikon-karbon yang lebih padat, memberikan kapasiti yang lebih tinggi dan ketahanan yang dipertingkatkan. Dengan keupayaan pengecasan pantas 80W, pengguna boleh menikmati pengecasan semula yang pantas dan cekap.
Harga dan ketersediaan
nubia Z60 Ultra sudah tersedia untuk pra-tempah bermula 4 April sehingga 11 April. Kalau anda pra-tempah anda boleh mendapatkan hadiah percuma yang bernilai RM 899. Stok telefon pula akan tersedia pada 12 April dan seterusnya. Anda boleh ke kedai rasmi nubia Redmagic MY di Shopee untuk dapatkannya. Berikut adalah harganya:

- Warna: Hitam
- Spesifikasi: (16+20) GB + 512 GB
- Harga: RM 3,799
- Hadiah pre-order
- 18 bulan waranti lokal
- 18 bulan Screen Checked Protectine
- Redmagic TWS
Jadi buat anda yang tertarik dengan telefon baru ini, bolehlah dapatkannya sekaran melalui Shopee. Untuk mendapatkan segala berita mengenai smartphone daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post