Untuk Computex Taipei 2018 kali ini, ZOTAC juga berpeluang untuk mempamerkan banyak perkara baru yang telah mereka cipta untuk generasi baru. ZOTAC merebut peluang di Computex kali ini adalah untuk memberitahu kepada dunia akan inovasi mereka. Nak tahu apa yang menarik tentang ZOTAC di Computex? Jom, baca entri aku ni.
ZBOX CI660 nano
Dua ZBOX mini PC telah memenangi anugerah COMPUTEX 2018 d&i dan berada di tengah pentas. Pertama merupakan ZBOX CI660 nano dengan cooling chassis pasif yang baru, dan design diinspirasikan dari sarang lebah, merupakan salah satu struktur natural yang dikatakan sangat kukuh. Ianya merupakan PC mini yang pertama dilengkapi dengan Intel Core i7 8th Generation, ia juga boleh menyokong 25W TDP Processor dan memberikan anda performance yang mantap dalam keadaan senyap.
VR GO 2.0
VR GO 2.0 merupakan backpack PC yang direka untuk dipakai. Wow, PC yang hanya perlu digalas. Ianya kecik dan juga ringan, tetapi sangat berkuasa kerana dikuasakan oleh 8th Generation Intel Core Processor. Tambahan pula, ianya meningkatkan tahap VR lebih mendalam dengan design yang ergonomik. Ia juga merupakan produk pertama ZOTAC yang dilengkapi dengan SPECTRA Lighting.
MAGNUS Gaming Mini PC W/ Killer Network
MAGNUS Gaming Mini PC merupakan yang pertama menggunakan teknologi Killer Wireless dan juga Killer Ethernet. Meletakkan game dan juga streaming sebagai keutamaan, ianya memastikan akses yang pantas dan juga latency yang rendah. Dengan menggunakan discrete ZOTAC GeForce GTX sebagai graphic, dan 8th Generation Intel sebagai processor.
MEK MINI
MEK MINI membawa performance yang lebih hebat berbanding dengan MEK1. Lebih ringan dan juga setengah saiz lebih kecil berbanding dengan MEK1. Design yang ultra-kompak, membuatkan MEK MINI merupakan desktop yang berkuasa untuk gaming sistem mudah alih untuk eSports dan juga intense gaming. Dikuasakan oleh Intel Core 8th Generation processor dan juga ZOTAC GeForce GTX 1080. Juga dilengkapi dengan gaming-grade killer networking hardware, 32GB Intel Optane Memory, dan SPECTRA.
MEK ULTRA
Untuk kepuasan gaming yang muktamad, MEK ULTRA akan memberikan segalanya kepada korang. Menggunakan top-tier hardware masa kini, anda boleh bermain game masa kini, atau game generasi akan datang. Juga, masih mencirikan SPECTRA dengan ARGB Lighting.
Jadi, kepada mereka yang sedang ada di Computex, apa lagi, serbu booth ZOTAC untuk tahu lebih lanjut tentang jentera jentera yang aku dah sebut diatas. Korang jugak boleh layan ZCM CS:GO Asia Regional Finals Live di Booth No. M0420, 4/F, NANGANG Exhibition Hall
@gamersantaimy
Discussion about this post