Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero: Gameplay baharu daripada karya terbaru HoYoverse! [Gamescom 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Zenless Zone Zero: Gameplay baharu daripada karya terbaru HoYoverse! [Gamescom 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HoYoverse telah mengeluarkan trailer gameplay baharu selama hampir 2 minit untuk game aksi RPG, Zenless Zone Zero! Merupakan karya serba baharu oleh pencipta Genshin Impact dan siri Honkai, Zenless Zone Zero menampilkan jalan cerita yang menarik dengan gaya seni futuristik, watak unik dan sistem pertempuran berorientasikan aksi.

Sinopsis:

Kredit: HoYoverse

Tamadun moden telah dimusnahkan oleh bencana ghaib yang dikenali sebagai “Hollows.” Mereka muncul secara beramai-ramai, lalu mewujudkan dimensi yang tidak teratur di mana raksasa misteri digelar “Ethereal” mula membuat huru hara. New Eridu, tamadun terakhir yang terselamat daripada bencana ini, berjaya berkembang maju dengan memperoleh teknologi untuk mengekstrak sumber berharga daripada Hollows.

Memandangkan New Eridu menjadi bandar keajaiban dan menarik lebih ramai penduduk untuk datang, ia juga memulakan penjelajahan besar-besaran untuk mendapat sumber berharga daripada Hollows. Disebabkan itu, semua pihak cuba monopoli sumber tersebut termasuk syarikat korupsi, kumpulan kongsi gelap, konspirator, dan para fanatik.

Kredit: HoYoverse

Dalam game ini, kita mengambil peranan sebagai “Proxy“—seorang profesional yang membimbing orang ramai dalam penerokaan Hollows. Ramai orang ingin memasuki alam Hollows atas pelbagai, dan “Proxy” merupakan rakan yang sangat diperlukan. Pemain akan membantu orang lain meneroka Hollows, melawan musuh, mencapai matlamat mereka, dan dalam proses mempelajari lebih lanjut tentang kisah mereka.

Selain naratif yang menarik, game ala anime 3D ini menampilkan sistem pertempuran berorientasikan aksi sinematik. Semasa bertarung dengan Ethereal, pemain boleh mengawal watak-watak berbeza untuk melancarkan abiliti yang kuat dan kombo QTE tanpa had. Dengan menggabungkan kebolehan ahli parti berbeza, pemain boleh meningkatkan DMG dan melakukan kombo yang lebih besar ke atas musuh.

Game ini telah menggunakan gameplay ala roguelike yang mengharuskan penerokaan.

Kredit: HoYoverse
Kredit: HoYoverse

Buat masa ini, Zenless Zone Zero masih lagi dalam pembangunan dan akan dilancarkan ke platform PC, iOS dan Android. Anda juga boleh lawati laman web rasmi game untuk melihat watak-watak yang telah diperkenalkan dalam trailer sebelum ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Baca segala berita kami tentang Gamescom di SINI.

Zenless Zone Zero
Release Date TBC
iOS, Microsoft Windows
Zenless Zone Zero atau ZZZ merupakan game terbaru daripada HoYoverse, yang juga popular dengan game seperti Honkai Impact 3rd, Genshin Impact dan Tears of Themis. Game ini akan membawa pemain ke sebuah dunia yang dipanggil New Eridu.
Tags: GameplayHoYoverseZenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

TEKKEN 8 Akan Lancar Secara Rasmi pada 26 Januari 2024! Pre-order Sekarang! [Gamescom 23]

Next Post

Cyberpunk 2077: Phantom Liberty Perkenalkan Senjata Baharu, Kenderaan Baharu, Vehicle Combat & Banyak Lagi! [Gamescom 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Cyberpunk 2077: Phantom Liberty Perkenalkan Senjata Baharu, Kenderaan Baharu, Vehicle Combat & Banyak Lagi! [Gamescom 23]

Cyberpunk 2077: Phantom Liberty Perkenalkan Senjata Baharu, Kenderaan Baharu, Vehicle Combat & Banyak Lagi! [Gamescom 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd