Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia dan Byking mengumumkan bahawa Special Grade Sorceror Yuta Okkotsu dari Tokyo Jujutsu High, serta bekas pelajar hebat tapi kini orang jahat Suguru Geto akan muncul sebagai Playable Character dalam game fighting Jujutsu Kaisen Cursed Clash.
Kali ini, video gameplay tidak didedahkan tetapi kita dapat melihat aksi mereka secara sekilas pandang menerus gambar dan info di media sosial.
Yuka Okkotsu
- Cursed Technique: Special Grade Cursed Apparition, Rika Orimoto
- Passive Ability: Rage
Yuta Okkotsu ialah fighter jarak dekat. Emosi dan Cursed Energy-nya akan meningkat apabila rakan sekutu cedera, lalu terbalikkan situasi yang sepatutnya payah! Dalam keadaan tertentu, Rika akan menjelma dan membantu dengan follow-up attack yang kuat!
Suguru Geto
- Cursed Technique: Cursed Spirit Manipulation
- Passive Ability: Special Grade Curse User
Suguru Geto ialah ahli sihir berkarisma yang cemerlang dalam pertarungan jarak dekat dan sederhana. Buat agar pertarungan memihak kepada anda dengan menggunakan Cursed Spirit, teknik spell manipulation dan seni mempertahankan diri!
Jujutsu Kaisen: Cursed Clash akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 2 Februari 2024 di seluruh dunia.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI termasuk berita tentang watak-watak lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post