Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu Yu Hakusho (Netflix) Review — Adaptasi Moden Dengan Twist Baharu!

Maira by Maira
December 13, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Yu Yu Hakusho (Netflix) Review — Adaptasi Moden Dengan Twist Baharu!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada November 2021, siri anime dan manga popular, Yu Yu Hakusho akan hadir dengan sebuah adaptasi live action tetapi kali ini ia dihasilkan oleh Robot Communications yang turut menghasilkan Alice in Borderland. Kami pasti ramai yang teruja untuk menonton siri ini, lebih-lebih lagi selepas melihat kejayaan siri live action One Piece. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review penuh kami untuk Yu Yu Hakusho Live Action Netflix!

Buat pertama kali, Yu Yu Hakusho dihasilkan sebagai drama live action untuk generasi-generasi baharu. Sebelum ini, siri ini hanya tersedia dalam format manga, anime dan pementasan teater sahaja. Untuk adaptasi baharu ini, anda akan dapat melihat arc manga seperti Spirit Detective Saga dan Dark Tournament Saga, bermula daripada Yusuke Urameshi dilanggar kereta selepas menyelamatkan kanak-kanak, direkrut sebagai Spirit Detective, bertarung dengan yokai, berlatih bersama master Genkai sehinggalah pertarungan akhir melawan Toguro. Walaupun begitu penceritaannya sedikit berbeza daripada manga.

Sumber: Netflix

Adaptasi Netflix ini masih lagi mempunyai elemen teras daripada karya Yoshiro Togashi itu sendiri. Tetapi apabila ia mula melencong ke penceritaan yang berbeza daripada sumber asal, sudah tentu membuatkan peminat lama rasa tidak begitu gembira.

Yang paling ketara sekali adalah pacing dan perubahan pada naratifnya. Kalau anda ingin tahu, siri live action Yu Yu Hakusho hanya ada lima episod sahaja untuk menceritakan dua saga yang kami telah nyatakan. Bukan sahaja ia menjadikan penceritaannya terburu-buru malah banyak perkara yang tidak dapat dikembangkan dengan baik seperti watak dan dunia yang terhasil daripada karya asal. Bukan setakat itu sahaja, matlamat watak juga tidak begitu jelas atau telah direka semula, sebagai contoh sebab Sakyo untuk membuka portal Demon World ke Human World.

Sumber: Netflix

Banyak juga watak terutamanya daripada Dark Tournament Saga tidak muncul langsung dalam siri live action ini, lebih mengejutkan lagi tiada tournament langsung. Anda akan menonton Yusuke dan rakannya pergi ke sebuah pulau untuk menyelamatkan adik Hiei, Yukina dan Keiko. Di situlah mereka akan berlawan dengan Bui, Karasu, Toguro tua dan muda secara 1v1.

Kami tahu bahawa ia ingin memberikan sesuatu yang baharu kepada siri untuk penonton baharu dan mengekalkan intipati siri untuk peminat lama. Ia sememangnya sukar tetapi melihat hasil akhirnya seperti ada banyak kekosongan yang boleh ditambah. Mungkin lebih baik jika siri ini mempunyai lebih banyak episod supaya pacing serta penceritaannya disampaikan dengan lebih baik.

Sumber: Netflix

Kalau ada perkara yang kami boleh puji, ianya pemilihan pelakon untuk setiap watak. Masing-masing membawakan watak mereka dengan begitu baik. Kami pasti anda akan enjoy melihat persembahan mereka ini nanti.

Untuk sebahagian besar siri, penggunaan CGI dalam siri ini mempamerkan kelancaran pada pergerakan semasa babak aksi. Penggunaan sudut kamera yang dinamik juga membuatkan babak kelihatan lebih hebat. Rupa yokai yang muncul pula mempunyai tahap perincian yang baik dengan penambahan ciri moden padanya. Walaupun begitu, apabila CGI yang melibatkan wajah manusia, ia kelihatan sedikit ganjil, terutamanya pada saat-saat yang memerlukan ekspresi emosi. Ia juga kadangkala kelihatan kaku. Perkara seperti ini menjadi ketara semasa rakaman dekat atau babak yang penuh emosi.

Sumber: Netflix

Adaptasi Netflix untuk “Yu Yu Hakusho” menghadapi cabaran yang menggerunkan untuk memadatkan bahan sumber menjadi lima episod sahaja dan ini membuatkan naratifnya menjadi terburu-buru. Bukan setakat itu sahaja, penonton mungkin sukar untuk memahami perjalanan Yusuke sepenuhnya serta kerumitan Spirit World dan hubungan antara watak utama.

Dalam tergesa-gesa untuk mengadaptasi plot utama, beberapa perincian lain yang memikat peminat lama telah hilang. Kedua-dua peminat lama dan baru mungkin sukar untuk berhubung dengan watak daripada segi emosi. Ada juga beberapa detik yang mempunyai impak yang kurang berbanding sumber asal.

Sumber: Netflix

Secara ringkasnya, adaptasi live action ini masih mampu memperkenalkan dunia Yu Yu Hakusho secara ringkas, tetapi ia tidak mempunyai impak yang menjadikan siri ini popular.

Kesimpulan

Sejujurnya, agak sukar untuk kami syorkan Yu Yu Hakusho live action ini kepada peminat baharu. Walaupun ia masih memperkenalkan siri ini secara ringkas, ia masih mempunyai kekurangan daripada segi naratif dan perkembangan watak. Peminat lama juga mungkin mendapati siri ini kurang daripada segi pengembangan dunia dan perjalanan watak, lebih-lebih lagi apabila ia mengubah beberapa babak yang menjadi kegemaran ramai.

Sumber: Netflix

Walaupun begitu, ia masih lagi boleh dinikmati oleh semua penonton tidak kira baru mahupun lama. Yu Yu Hakusho akan tersedia di Netflix pada 14 Disember 2023. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

The Review

Yu Yu Hakusho (Netflix)

6 Score

PROS

  • Sinematografi dan babak pertarungan yang hebat
  • Visual dan CGI yang kelihatan baik

CONS

  • Tersasar jauh daripada sumber asal
  • Watak tidak dikembangkan dengan begitu baik
  • Penceritaan yang terburu-buru

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: netflixyu yu hakushoYu Yu Hakusho Live Action
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Animasi Eyes of Wakanda Diumumkan Marvel, Fokus Pada Sejarah Wakanda!

Next Post

Menyelami ‘Netflix Yu Yu Hakusho’ Bersama Bintang Takumi Kitamura & Go Ayano – Interviu Khas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Menyelami ‘Netflix Yu Yu Hakusho’ Bersama Bintang Takumi Kitamura & Go Ayano – Interviu Khas!

Menyelami 'Netflix Yu Yu Hakusho' Bersama Bintang Takumi Kitamura & Go Ayano - Interviu Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd