gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Teknologi

YouTuber cipta “PS5 Slim” pertama di dunia, nipis hanya 2cm

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
YouTuber cipta “PS5 Slim” pertama di dunia, nipis hanya 2cm
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan saiznya yang besar, tinggi dan berat, konsol PS5 memerlukan ruang istimewa di setup gaming mana-mana gamer. Oleh itu, ramai orang kini meminta Sony untuk mengeluarkan PS5 dalam versi yang lebih kecil tetapi dengan jumlah kuasa yang sama. Kini, seorang Youtuber telah menjawab permintaan netizen dan memutuskan untuk membina konsol “PS5 Slim” yang benar-benar boleh berfungsi.

Ternyata, YouTuber DIY Perks berjaya membina “PS5 Slim pertama di dunia” dengan ukuran tinggi hanya 2cm sahaja! Buat mereka yang tidak percaya, DIY Perks telah memuat naik video di YouTube yang menunjukkan proses di sebalik tabir tentang bagaimana dia mengecilkan konsol itu menjadi lebih kecil dan padat.

Jadi bagaimana saiz PS5 berjaya dikurangkan? Youtuber itu mengeluarkan semua teknologi penyejukan yang besar itu seperti bolong dan kipas yang membentuk sebahagian besar saiz PS5 – lalu menggantikannya kepada sistem penyejukan air yang dilekatkan pada “power brick”.

Unit penyejukan itu diperbuat daripada 7×40 radiator nipis Alphacool , tujuh kipas kecil Noctua NF-A4x20 untuk pelesapan haba, dan gabungan takungan/pam yang tidak dinamakan. Barang yang disebutkan ini adalah bintang utama dalam PS5 Slim dan berjaya mengurangkan suhu operasi daripada 95 darjah Celsius ke 52 darjah Celsius (suhu untuk memori) yang bermaksud jumlah penurunan haba adalah sebanyak 45%!

Walaupun nampak seperti berjalan lancar, beberapa masalah lain juga timbul. Insiden pertama adalah unit kuasa tidak diposisikan dengan betul semasa cuba menjalankan PlayStation 5 Slim (ujian pertama). Konsol hidup seketika, tetapi kaedah penyejukan telah disekat selepas ia terjatuh yang mengakibatkan konsol menjadi terlalu panas.

Selepas menukar motherboard dengan unit daripada PS5 berbeza, Youtube itu cuba sekali lagi, dan akhirnya konsol itu berjaya berfungsi dan menjalankan game Horizon Forbidden West.

Andai kata Sony betul-betul sedang membikin PS5 Slim sebenar, agaknya mereka akan cuba ikut metod dalam video di atas ke tidak? Untuk info tambahan, kepingan tembaga yang digunakan dalam video sebagai “casing” berharga lebih mahal daripada PS5 tetapi untuk tujuan sains dan teknologi, terbukti ia tidak mustahil untuk menghasilkan PS5 Slim pada masa kini.

Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: ps5PS5 Slimyoutube
Previous Post

Ghost of Tsushima 2 mungkin dalam pembangunan, Sucker Punch sedang rekrut orang baru!

Next Post

[Khabar angin] Siri headset gaming baharu Sony didedahkan bakal jadi pelengkap PS5

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita
Anime

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

June 28, 2022
UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia
Berita

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

June 28, 2022
[Review] The Black Phone – Melepaskan diri daripada penjara milik penculik psycho!
Movie Review

[Review] The Black Phone – Melepaskan diri daripada penjara milik penculik psycho!

Next Post
[Khabar angin] Siri headset gaming baharu Sony didedahkan bakal jadi pelengkap PS5

[Khabar angin] Siri headset gaming baharu Sony didedahkan bakal jadi pelengkap PS5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

by Razin Syafiq
June 28, 2022
0

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Bleach akan membuat comeback pada tahun ini selepas bertahun-tahun mendiamkan diri. Bakal keluar pada bulan Oktober...

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

by safwan
June 28, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi filem One Piece: Red di Jepun pada pertengahan Julai 2022. Koleksi...

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV  popular

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV popular

by Razin Syafiq
June 28, 2022
0

Populariti siri The Boys sedang meningkat selepas tayangan musim ke-3 dan nampaknya telah mengambil perhatian Hideo Kojima, sang pencipta kepada...

Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik

Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik

by safwan
June 28, 2022
0

Selepas tamatnya episod akhir Kaguya-sama: Love Is War musim ke-3, ramai peminat memberikan rating yang positif sehingga mengalahkan juara bertahan...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In