Menjadi kecoh seketika apabila YouTube rasmi siaran esports permainan terkenal iaitu PUBG Mobile Esports telah di hack dan ditukar namanya. Tetapi dalam kemaskini terkini, nampaknya pemaju berjaya mendapatkan semula channel YouTube mereka itu!
PUBG Mobile adalah salah satu gelaran esports mudah alih terbesar di dunia dan jumlah penontonnya dipelbagaikan di seluruh dunia. Penonton mendapat akses mudah ke pelbagai acara esports sepanjang tahun di saluran YouTube rasmi PUBG Mobile. Ia didedikasikan untuk mengalirkan semua acara besar tetapi nampaknya, ianya di hack.
Saluran YouTube rasmi PUBG Mobile Esports tidak lagi tersedia untuk seketika seperti yang dikongsikan Dot Esports. Ketika itu tiada sebarang sisa baki video pun pada siaran tersebut sehinggalah “404 Error” keluar menyatakan bahawa “Halaman ini tidak tersedia” ketika anda membuka halaman itu.
Dikatakan sebelum siaran ini diturunkan oleh pihak YouTube, pada 1 Oktober, siaran ini secara rasmi memang di hack dan ditukar namanya kepada “SpaceX 2021“. Namun pihak Tencent Games atau PUBG Mobile Esports tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang terjadi ini, jadi kami tidak pasti apa sebenarnya yang terjadi, sama ada benar-benar di hack ataupun, mereka ada masalah server dalaman. Tetapi apabila nama ditukar itu dah menjadi kemusykilan yang besar pada semua peminat yang melawati siaran tersebut.
Tetapi, akhirnya siaran tersebut telah kembali semula di YouTube dengan nama asalnya. Jadi inilah peluang anda untuk menonton PMPL di sana sebelum risau tiba-tiba kena hack sekali lagi. Lagi pun memang ramai pemain mobile yang menggunakan sumber YouTube untuk mencari kandungan sebelum ke media sosial yang lain. Dengan pengikut 3.22 Juta di YouTube, sudah semestinya pihak pemaju sayang untuk lepaskannya dan berusaha berkerjasama dengan YouTube untuk mendapatkannya semula. Dengan PUBG MOBILE juga telah diundi sebagai Esports Game of The Year dan Esports Mobile Game of The Year, pemaju pasti akan membuat yang terbaik pada semua halaman sosial media rasmi mereka agar tidak kehilangan peminat.
@gamersantaimy
Discussion about this post