Sebentar tadi, baru sahaja selesai perlawanan permainan Hearthstone pusingan akhir di SEA Games Esports 2019 yang berlansung di FliOil FLying V Centre Manila, Filipina. Tahniah buat atlet negara Yew Weng Kean kerana berjaya menewaskan atlet Thailand Popan Werit dengan mata 3-1!
Saat kemenangan sebentar tadi dapat melihat tangisan air mata Yew yang terlalu gembira mengharumkan nama Malaysia atas pingat emas pertama untuk Esports ini!
Pada anda yang masih tidak tahu, Hearthstone merupakan sebuah permainan vide kad koleksi digital secara percuma dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Pada asalnya subjudul Heroes of Warcraft, Hearthstone membina siri Warcraft yang sedia ada dengan menggunakan unsur-unsur, watak-watak, dan peninggalan yang sama.
Perlawanan yang berlansung dalam dua jam antara Yew dan Werit ternyata membawa hasil yang menggembirakan rakyat Malaysia secara keseluruhan dengan menggunakan teknik-teknik pilihan kad yang terbaik!
Tahniah sekali lagi kami ingin ucapkan kepada Yew Weng Kean atas kemenangan Pingat Emas Pertama dalam acara Esports- Hearthstone di SEA Games 2019! Teruskan saksi siaran lansung perlawanan hari ini di Youtube Razer dan perlawanan seterusnya adalah Arena of Valor dan DOTA 2!
@gamersantaimy
Discussion about this post