Mulai 12 November 2023, Microsoft akan melaksanakan polisi baharu yang mengharamkan penggunaan aksesori yang tidak rasmi pada konsol Xbox. Walaupun belum dilaksanakan secara rasmi, beberapa pengguna telah menerima mesej yang tidak menyenangkan berkod 0x82d60002, yang berkaitan dengan polisi baru ini. Serta-merta, perubahan ini telah mencetuskan kerisauan dalam komuniti gaming dan implikasinya untuk masa depan gaming secara keseluruhan.
Menurut laporan daripada Windows Central: khususnya, pengguna yang memasang aksesori tidak rasmi telah mula menerima amaran dan diarahkan untuk merujuk senarai produk yang diluluskan oleh Microsoft. Selain daripada pengguna, ini juga telah mencetuskan mencetuskan kebimbangan di kalangan pengeluar aksesori third-party.
Salah satu jenama yang sedang bergelut dengan perubahan ini ialah Brook Gaming, yang terkenal dengan barisan aksesori gaming third-party. Beberapa produknya, termasuk converter Wingman XB 2 dan XB Fighting Board, telah pun mengalami masalah compatibility. Saya tidak jelas berapa banyak produk lain yang akan terjejas oleh polisi ini, tetapi implikasinya sangat jelas: aksesori gaming third-party akan menghadapi masalah yang besar.
Walaupun begitu, tidak semua aksesori third-party menerima kesan yang sama. Aksesori XIM, yang mereplikasi mouse & keyboard sebagai controller Xbox, tidak sepatutnya akan terjejas. Tambahan pula, produk daripada jenama yang telah membayar secara rasmi untuk pelesenan Xbox, seperti Turtle Beach, Lucid Sound dan Razer, akan terus berfungsi seperti biasa.
Langkah Microsoft untuk mengharamkan aksesori yang tidak rasmi mungkin didorong oleh keinginan untuk mengurangkan kes penipuan. Dengan mengawal penggunaan aksesori, Microsoft boleh memastikan keadilan dalam majoriti game. Ini sejajar dengan strategi mereka yang lebih luas untuk mengekalkan integriti ekosistem gaming.
Perubahan polisi itu juga menimbulkan persoalan tentang masa depan aksesori gaming third-party dan hubungannya dengan pengeluar konsol. Aksesori-aksesori ini, yang popular di kalangan game kerana harga murah atau mampu milik dan ciri uniknya, kini menghadapi keperluan pelesenan yang lebih ketat. Ini akan mengehadkan ketersediaan produk third-party di pasaran.
Bagi pengguna, anda kini perlu berhati-hati apabila membeli aksesori gaming dan memastikan aksesori dilesenkan secara rasmi oleh Xbox untuk mengelakkan isu compatibility atau sekatan. Memandangkan tarikh 12 November semakin hampir, realitinya pengguna Xbox mesti menyesuaikan diri dengan perubahan baharu ini.
Dapatkan segala berita kami tentang Xbox di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post