Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass Mei 2024 Tambah Senua’s Saga: Hellblade II, Immortals of Aveum, Lords of the Fallen & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2024
in Artikel, Berita, PC, PC Game Pass, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox Game Pass Mei 2024 Tambah Senua’s Saga: Hellblade II, Immortals of Aveum, Lords of the Fallen & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Microsoft mengumumkan bahawa beberapa game baharu akan ditambah ke Xbox Game Pass untuk pertengahan Mei 2024, termasuk Senua’s Saga: Hellblade II, Immortals of Aveum, Lords of the Fallen dan banyak lagi.

Berikut adalah info lanjut:

Chants of Sennaar (Cloud, Konsol dan PC) – 15 Mei

Dalam game pengembaraan teka-teki ini, kita bermain sebagai Traveler yang ingin menyatukan semula Peoples of the Tower. Perhatikan, dengar dan tafsir bahasa purba dalam alam semesta menarik yang diilhamkan oleh Mitos Babel.

EA Sports NHL 24 (Cloud) EA Play – 16 Mei

EA Sports NHL 24 akan tersedia secara Xbox Cloud Gaming tidak lama lagi melalui EA Play! Rasai keamatan hoki dengan semua ciri gameplay baharu yang menaikkan tekanan, fizikal dan kawalan atas aksi ais autentik.

Immortals of Aveum (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) EA Play – 16 Mei

Seru kuasa anda dalam game single-player, first-person magic shooter ini. Melepaskan pelbagai sihir sebagai Jak, yang menyertai barisan pahlawan elit untuk menyelamatkan dunia yang di ambang hancur.

Senua’s Saga: Hellblade II (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – 21 Mei

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Sekuel kepada Hellblade: Senua’s Sacrifice, Senua kembali dalam perjalanan kejam untuk bertahan hidup melalui mitos dan seksaan Viking Iceland. Berhasrat untuk menyelamatkan mereka yang telah menjadi mangsa kengerian kezaliman, Senua bertarung untuk mengatasi kegelapan di dalam dan di luar.

Galacticare (Cloud, PC, Xbox Series X|S) – 23 Mei

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Anda adalah Pengarah Galacticare, sebuah syarikat penjagaan kesihatan di kalangan angkasa dan penyelamat sukarela Galaxy (demi wang tunai.) Bina hospital dan rekrut kakitangan untuk memenuhi kehendak pelbagai spesies makhluk asing dan menyembuhkan penyakit aneh dalam story mode, atau pergi ke mode sandbox untuk bina hospital impian anda.

Hauntii (Cloud, Console dan PC) – 23 Mei

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Bermain sebagai hantu kecil yang berani lagi naif, Hauntii, dan mulakan pencarian yang penuh teka-teki. Rasuk, menyelesaikan teka-teki, dan membentuk nasib anda dalam pengembaraan yang menawan ini.

Moving Out 2 (Cloud, Console dan PC) – 28 Mei

Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli F.A.R.T bertaraf bintang? Bekerja secara solo, atau dengan sehingga tiga rakan, masuk ke pakaian seragam dan bantu penduduk Packmore, dan seterusnya, untuk mengemas dan menghantar barang!

HUMANITY (Cloud, Console dan PC) – 30 Mei

Menjadi Shiba Inu dan bantu membina semula tamadun manusia dalam permainan teka-teki aksi yang terkenal, Humanity. Keluarkan arahan untuk membimbing gerombolan manusia yang tidak berfikiran ke matlamat melalui 90 peringkat story mode yang semakin mencabar. Kemudian, pilih daripada beribu-ribu teka-teki buatan orang yang meluaskan mekanik, atau reka bentuk sendiri dan kongsikannya dengan komuniti.

Lords of the Fallen (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – 30 Mei

Dunia yang luas menanti dalam RPG aksi fantasi gelap serba baharu, Lords of the Fallen. Sebagai salah seorang Dark Crusaders yang terkenal, mulakan usaha epik untuk menggulingkan demon god Adyr. Juga termasuk update roguelike ‘Master of Fate’.

Game Yang Akan Dibuang Daripada Xbox Game Pass Selepas Mei 2024

  • Chicory: A Colorful Tale (Cloud, Konsol dan PC)
  • Farworld Pioneers (Cloud, Konsol dan PC)
  • JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R (Cloud, Konsol dan PC)
  • Pac-Man Museum Plus (Cloud, Konsol dan PC)
  • Little Witch in the Woods (Cloud, Konsol dan PC)
  • Railway Empire II (Cloud, Konsol dan PC)
Tags: PCXbox Game PassXbox Series
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action ‘Street Fighter’ Sedang Diusahakan Oleh Capcom & Legendary Entertainment

Next Post

Gameplay Pertama Untuk ‘The Casting of Frank Stone’ – Game Single-Player Dead by Daylight

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Gameplay Pertama Untuk ‘The Casting of Frank Stone’ – Game Single-Player Dead by Daylight

Gameplay Pertama Untuk 'The Casting of Frank Stone' - Game Single-Player Dead by Daylight

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd