Xbox telah mengumumkan tambahan enam game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan Mac 2024. Antara game yang akan ditambah adalah MLB The Show 24, Control Ultimate Edition, SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated dan banyak lagi! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai semua game ini.
PAW Patrol World (Cloud, Konsol & PC) – 7 Mac

Terokai dunia “PAW Patrol”, dalam pengembaraan aksi 3D di mana apa-apa sahaja boleh berlaku. Bermain sebagai anak anjing kegemaran, pandu kenderaan mereka dan selamatkan hari melalui misi secara solo atau couch co-op.
SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated (Cloud, Konsol & PC) – 12 Mac

Bermain sebagai SpongeBob, Patrick dan Sandy dalam remake game ini dan hentikan rancangan jahat Plankton yang ingin menakluki Bikini Bottom.
Control Ultimate Edition (Cloud, Konsol & PC) – 13 Mac

Alami pengalaman penuh game third-persona action-adventure supernatural yang mencabar anda untuk menguasai kebolehan supernatural, loadout yang boleh diubah suai dan persekitaran reaktif semasa bertarung melalui dunia yang tidak dapat diramalkan.
No More Heroes 3 (Cloud, Konsol & PC) – 14 Mac

Mengikuti assassin otaku, Travis Touchdown sambil dia mengambil katananya sekali lagi dan melawan 10 fighter berbahaya di galaksi.
Lightyear Frontier (Game Preview)(Cloud, Xbox Series X|S & PC) – 19 Mac
Mulakan pengembaraan baharu anda dalam game open-world farming adventure baharu ini! Bina exofarm anda, tanam pokok asing, sesuaikan mecha anda dan terokai dunia baharu yang penuh misteri ini!
MLB The Show 24 (Cloud & Konsol) – 19 Mac
Ingin menjadi legenda besbol? Alami pengalaman baharu besbol dan jadikan impian anda realiti dalam MLB The Show 24!
Pada 15 Mac nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass Mac 2024:
- Hardspace: Shipbreaker (Cloud, Konsol & PC)
- Ni no Kuni: Wrath of the White Witch Remastered (Cloud, Konsol & PC)
- Shredders (Cloud, Konsol & PC)
Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post