Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass Julai 2024 – Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2024
in Artikel, Berita, PC, PC Game Pass, Promosi, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox Game Pass Julai 2024 – Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Microsoft mengumumkan bahawa beberapa game baharu akan ditambah ke Xbox Game Pass untuk Julai 2024, termasuk Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White, dan banyak lagi.

Berikut adalah info lanjut:

Journey to the Savage Planet (Cloud, Konsol dan PC) – 3 Julai

Sebagai pekerja Kindred Aerospace, antara syarikat penerokaan interstellar terbaik, pemain diturunkan ke planet jauh yang dipenuhi dengan bahaya, misteri dan banyak makhluk asing. Anda perlu meneroka, melawan, melompat, mencari, membuat dan meletupkan pelbagai perkara dalam perjalanan ini untuk menentukan sama ada planet aneh ini sesuai untuk kediaman manusia.

Nickelodeon All-Star Brawl 2 (Cloud, Konsol dan PC) – 3 Julai

Nickelodeon All-Star Brawl 2 membolehkan anda bertarung dengan senarai watak terbesar dan terbaik daripada dunia Nickelodeon! Pilih fighter kegemaran anda, mahirkan set pergerakan mereka yang unik dan gunakan Super serba baharu untuk menang setiap pertarungan bersama rakan atau merentasi kempen roguelike yang unik!

Cricket 24 (Cloud, Konsol dan PC) – 9 Julai

Cricket 24 termasuk pasukan dari setiap sudut dunia. Pemain dapat menentang negara kriket besar termasuk Australia dan England dalam kejohanan rasmi di Ashes, West Indies, New Zealand, Ireland dan banyak lagi, serta ditambah buat pertama kalinya, pasukan T20 India profesional, semuanya berlangsung dalam lebih 50 stadium terperinci.

The Case of the Golden Idol (Cloud, Konsol dan PC) – 9 Julai

Huru-hara, sihir, dan pembunuhan paling keji! Periksa segala klu dan gunakan kuasa pemikiran anda untuk menyelesaikan misteri yang diputarbelit tentang warisan sumpahan sebuah keluarga dan siri kematian mengerikan dalam game pengembaraan detektif “point-and-click” ini.

Neon White (Cloud, Konsol dan PC) – 11 Julai

Game aksi first-person sepantas kilat tentang penghapusan syaitan di “Heaven”. Anda ialah White, seorang pembunuh yang dipilih sendiri dari “Hell” untuk bersaing dengan pemburu syaitan lain untuk peluang hidup selama-lamanya di Heaven. Namun, anda seolah-olah kenal pemburu upahan lain… adakah anda mengenali mereka dalam kehidupan yang lalu?

Tchia (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – 11 Julai

Daki, luncur, berenang dan berlayar bot anda mengelilingi kepulauan yang indah sambil meneroka sandbox yang dipacu fizik. Versi Xbox termasuk update terbaharu yang merangkumi lapan soul melody baharu, outfit baharu dan bonus tambahan untuk memakai barangan kosmetik yang sepadan.

Magical Delicacy (Cloud, Konsol dan PC) – 16 Julai

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Platform seni piksel yang “wholesome”. Masak resepi ajaib daripada koleksi bahan yang banyak di kedai anda sendiri. Terokai bandar yang tidak dikenali dan beri hidangan lazat kepada penduduk bandar. Belajar cara baharu untuk menemui rahsia dan mengalami dunia sihir yang unik.

Flock (Cloud, Konsol dan PC) – 16 Julai

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Flock ialah game multiplayer co-op tentang keseronokan terbang dan mengumpul makhluk terbang yang comel bersama rakan-rakan. Melayari landskap indah, sambil mencari makhluk yang susah ditemui dan sukar difahami untuk ditambah pada kumpulan anda.

Game Yang Akan Dibuang Daripada Xbox Game Pass Selepas 15 Julai 2024

  • Coffee Talk Episode 2: Hibiscus & Butterfly (Cloud, Konsol dan PC)
  • Figment 2: Creed Valley (Cloud, Konsol dan PC)
  • Sins of a Solar Empire: Rebellion (PC)
  • TOEM (Cloud, Konsol dan PC)
  • The Wandering Village (Cloud, Konsol dan PC)
Tags: PC Game PassXbox Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Qadištu & Bentuk Tsukuyomi Dijelaskan Dalam Interviu Shin Megami Tensei V: Vengeance [EKSKLUSIF]

Next Post

Unboxing MTG x Assassin’s Creed – Set Lebih Membunuh Bersama Hidden Ones!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Unboxing MTG x Assassin’s Creed – Set Lebih Membunuh Bersama Hidden Ones!

Unboxing MTG x Assassin’s Creed - Set Lebih Membunuh Bersama Hidden Ones!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd