WWE 2K24 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac yang lalu. Untuk entri baharu game sukan gusti ini, ada beberapa penambahan dan penambahbaikan yang sememangnya buatkan game ini lebih baik berbanding entri terdahulu. Teruskan bawa review penuh kami ini!
Sebelum kami sembang mengenai WWE 2K24, kami ingin ceritakan sedikit mengenai ciri-ciri yang sudah tersedia dalam game sebelumnya. Kalau anda ingin tahu, ciri-ciri seperti combo dan sistem parry sudah pun tersedia sejak WWE 2K22. Ia sememangnya seronok tetapi pada waktu kami mainkan game itu, pergerakannya terasa seperti sedikit perlahan dan kaku. Nasib baik WWE 2K24 menambahbaik animasinya dan ini membuatkan pengalaman bermain lebih seronok tanpa sebarang masalah. Ditambah pula dengan Superstar, game ini juga memberikan keterujaan yang tinggi buat peminat gusti.
Dalam game baharu ini, kita juga diperkenalkan dengan Super Finisher, yang merupakan finisher yang lebih seronok berbanding yang biasa. Anda boleh tamatkan perlawanan dengan senang kerana pihak lawan akan terus tumpas. Yang menariknya, Super Finisher juga mempunyai urutan Signature dan Finisher yang kelihatan hebat. Malangnya, finisher ini tidak tersedia untuk semua Superstars dalam game.
Mode baharu
Terdapat match baharu yang tersedia seperti Ambulance Match dan Special Referee Match, yang menjadi match kegemaran kami. Special Referee membolehkan anda bermain sebagai referee malah anda sendiri boleh pilih referee tersendiri untuk perlawanan anda. Mereka ini akan mengganggu match, membuatkannya kelihatan seperti drama WWE yang anda lihat pada rancangannya. Lebih seronok lagi kalau dapat Triple H sebagai referee jemputan yang akan mengeluarkan sledgehammernya daripada bawah ring.
Bercerita tentang mode Ambulance dan Casket, kedua-duanya kelihatan seperti mode di mana anda spam butang sahaja. Tetapi ia masih seronok dan senang untuk dimainkan. Ini menambahkan lebih kedalaman dan kepelbagaian pada game WWE.
Showcase
Bernama 2K Showcase of the Immortals, anda akan dapat mengalami sejarah 40 tahun WresteMania dengan melakukan semula perlawanan yang terhebat. Pemain akan selami satu siri match yang diinspirasikan oleh detik-detik menarik dalam sejarah WrestleMania seperti Ricky Steamboat era, Hulk Hogan, Brock Lesnar, The Rock dan Roman Reigns vs Cody Rhodes.
Showcase ini sememangnya membuatkan peminat gusti mengingati semula perlawanan yang ikonik malah ia mampu mengekalkan sejarah ini dengan baik. Mode ini juga engaging dan memberikan nostalgia buat peminat-peminat WWE.
Universe
WWE 2K24 turut hadir dengan mode sandbox mereka tersendiri yang dipanggil Universe. Terdapat dua mode yang tersedia dalam Universe iaitu Classic dan Superstar. Classic Mode membolehkan pemain untuk menggunakan peralatan kreatif untuk menghasilkan tali pinggang, penggusti, arena dan juga moveset. Manakala Superstar Mode pula membolehkan anda untuk menonton penggusti kegemaran anda seperti Cody Rhodes ataupun Logan Paul.
MyGM
MyGM mungkin menjadi kegemaran peminat WWE kerana anda akan melakukan sedikit pengurusan terhadap pasukan dan industri. Untuk WWE 2K24, mode ini memerlukan anda untuk mengejar rating TV dan duit.
Anda akan menjadi General Manager yang mempunyai satu pasukan dan boleh memilih satu daripada lima cabang WWE seperti SmackDown, RAW, NXT, WCW atau ECW. Dalam pasukan ini, anda akan rekrut pelbagai penggusti dan mengaturkan pelbagai match untuk peminat tonton. Jika rating match tersebut tinggi, lebih banyak keuntungan yang anda boleh dapatkan.
Sayangnya, perkara seperti ini mungkin menyeronokkan buat mereka yang benar-benar memahami industri gusti ini. Ia mungkin mengelirukan pemain yang tidak begitu tahu mengenai industri ini. Walaupun ada tutorial, anda perlu menonton dengan baik untuk memahaminya. Jadi mode ini tidaklah begitu mesra buat pemain baharu.
MyRISE
Ingin mencipta Superstar anda tersendiri? Di sinilah tempatnya! Melalui mode MyRISE, pemain akan berjumpa dengan watak-watak yang biasa muncul dalam dunia WWE, tidak kiralah sekutu ataupun pesaing. Jalan cerita telah dibahagikan kepada dua iaitu Undisputed (Lelaki) dan Unleashed (Wanita), yang menawarkan jalan cerita yang berbeza, jadi pemain boleh ulang main untuk alami cerita berlainan.
MyRISE juga menawarkan kepelbagaian kepada pemain. Dengan memberikan penggusti wanita anda cerita latar termasuklah masanya di indie circuit, ia memberikan kedalaman kepada perwatakan dan membuatkan perjalanannya ke WWE lebih bermakna.
Terdapat juga banyak kandungan untuk mereka yang ingin mengumpulkan semua gelaran. Lakonan suara juga bertambah baik dan boleh disuarakan oleh penggusti sebenar. Model watak juga dihasilkan dengan baik terutamanya semasa urutan cerita. Bukan setakat itu sahaja, penyesuaian watak juga bagus.
Visual dalam gelanggang juga telah diperhalusi dan sangat terperinci yang menyumbangkan kepada pengalaman keseluruhan. Walaupun tidak banyak perbezaan, tetapi kami dapat melihat sedikit peningkatan padanya.
Kesimpulan
Pada mulanya kami tidaklah mempunyai jangkaan yang tinggi untuk WWE 2K24, tetapi setelah meluangkan masa dalam game ini, kami mengakui bahawa WWE 2K24 mempunyai peningkatan yang sangat bagus. Sebagai contoh, MyRISE kini mempunyai lakonan suara dan jalan cerita yang mendalam. Ia bukan sekadar menjadi penggusti yang kuat dan mendapat gelaran. Sebagai tambahan, terdapat mode tambahan yang hebat seperti Special Referee yang membuatkan drama yang lebih seronok untuk dimain dan ditonton.
Keseluruhannya, gameplaynya juga lebih lancar dan kurang kaku, yang sudah tentunya membawa kita kepada WWE yang kita semua kenali, malah membuatkan game ini lebih imersif.
WWE 2K24 tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
WWE 2K24
PROS
- Mode game baharu yang menyeronokkan
- Showcase yang imersif
- Gameplay yang lebih lancar
- Penyesuaian watak yang lebih lengkap
CONS
- Super Finisher tidak tersedia untuk semua Superstar
Discussion about this post