Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wo Long 2: Wings of Ember Bakal Menguji Refleks Pemain Pada 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Wo Long 2: Wings of Ember Bakal Menguji Refleks Pemain Pada 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan pembangun Team NINJA telah mengumumkan Wo Long 2: Wings of Ember, sekuel action-RPG fantasi gelap yang bakal dilancarkan pada awal tahun 2027.

Pertama kali didedahkan di acara Xbox Games Showcase, game ini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam dan Microsoft Store), serta Nintendo Switch 2. Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass seawal hari pertama pelancarannya.

Wings of Ember berlatarkan penghujung zaman Dinasti Han Timur: sebuah era huru-hara dalam sejarah China yang menyaksikan kebangkitan wira-wira legenda Three Kingdoms dan perang sengit antara puak serantau. Di tengah-tengah pergolakan ini, pemain akan mengawal protagonis baharu, iaitu seorang pahlawan tanpa nama yang dikurniakan kekuatan mistik phoenix. Pemain perlu membuka jalan di medan perang luas bagi menentang tentera manusia dan angkatan syaitan yang mengerikan.

Menurut produser dan pengarah siri Wo Long, Masakazu Hirayama, sekuel ini akan mengekalkan gameplay pantas dan menguji refleks seperti game pertama, namun dengan peningkatan yang lebih hebat.

Sistem combat dalam Wo Long 2 akan menonjolkan seni bela diri Cina yang lebih dinamik, direka untuk menyatukan ofensift dan defensif secara lancar. Pemain masih akan bergantung kepada mekanik “deflect” di samping menguruskan meter “Spirit” bagi menangkis serangan musuh serta melancarkan serangan penamat ke atas bos dan makhluk mitologi. Trailer pengenalan awal juga menunjukkan elemen pergerakan yang lebih drastik, dengan mempamerkan sekilas aksi “deflect” di udara serta “aerial combo”.

Pengumuman sekuel ini dibuat selepas game pertama, Wo Long: Fallen Dynasty, berjaya melepasi angka 5 juta pemain di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2023.

Bagi meraikan pengumuman ini, Koei Tecmo dan Team NINJA menawarkan semula game pertama di dalam pustaka Xbox Game Pass. Pemain di Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC boleh memuat turun serta bermain Wo Long: Fallen Dynasty bermula hari ini.

Tags: Wo Long 2: Wings of Ember
ShareTweetSend
Previous Post

No Straight Roads 2 – Trailer Baru Dedah Butiran Plot, Musuh Baharu & Kepulangan Watak Kegemaran

Next Post

Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai

Palworld Akan Tinggalkan Early Access - Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd