Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2026
in Action, Artikel, Berita, BL4, DLC, DLC berbayar, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
Share on FacebookShare on Twitter

2K dan pembangun Gearbox Software telah mengumumkan pelan hala tuju bagi Borderlands 4, dengan mengesahkan dua DLC utama untuk tahun ini.

Kandungan pertama, Bounty Pack 4: Murders and Acquisitions, akan tiba pada 30 Julai 2026 serentak dengan kemas kini Version 1.9. Ini disusuli oleh Story Pack 2: FL4K and the Last Resort yang dijadualkan keluar pada 10 September 2026 menerusi Version 1.10. Kemas kini September bukan sahaja membawa semula watak kegemaran ramai Beastmaster FL4K, malah turut memperkenalkan Vault Hunter baharu, Loveless the Hacker.

Bounty Pack 4: Murders and Acquisitions (30 Julai)

Bounty Pack 4 boleh dibeli secara berasingan dalam dua bahagian (misi cerita utama dan Vault Card 4) atau didapati secara automatik buat pemilik Deluxe dan Super Deluxe Edition.

Expansion cerita membawa pemain meneroka Toxic Scowl, sebuah kanyon padang pasir yang tercemar. Di sana, anda akan membantu Levaine (ketua puak Electi) meleraikan perselisihan antara dua kumpulan Ripper yang saling bersaing:

  • The Flock: Komuniti damai yang menolak keganasan.
  • The Blasphemers: Puak agresif yang dahagakan perang.

Misi yang boleh diulang ini menampilkan sistem pilihan bercabang. Setiap keputusan bakal mengubah dialog, senario pertempuran, serta menentukan puak mana yang akan membantu kita sewaktu final boss fight. Misi ini boleh diakses sejurus selepas pertemuan pertama dengan Levaine di Carcadia Burn dalam main campaign.

Apabila selesai, anda akan menerima ganjaran seperti Vault Hunter Skin (boleh diguna pada semua watak), kenderaan baharu, dan ECHO-4 Drone Skin.

Menewaskan final boss dan tiga mini-boss di Toxic Scowl juga membuka peluang mendapatkan ganjaran eksklusif high-tier, termasuk satu senjata Pearlescent baharu dan enam kelengkapan Legendary baharu.

Dilancarkan serentak dengan misi cerita, Vault Card 4 membolehkan pemain membuka 24 barangan kosmetik bertema padang pasir dan empat kelengkapan yang boleh di-reroll hanya menerusi gameplay biasa. Naikkan tahap pusingan dengan mengumpul XP menerusi penerokaan di Kairos, menewaskan musuh, serta menyelesaikan Daily dan Weekly Challenges.

Story Pack 2, Loveless the Hacker, dan Bounty Pack 5 (10 September)

Kemas kini pada 10 September akan membawakan kandungan cerita dan watak yang lebih meluas.

Story Pack 2: FL4K and the Last Resort menyatukan semula Beastmaster legenda daripada Borderlands 3. Menerusi kempen cerita baharu ini, anda akan mengikut jejak FL4K meneruskan pengembaraan di seluruh Kairos demi mencari rakan skag mereka yang hilang, Mr. Chew. Pencarian ini membawa pemain ke sebuah pulau hutan tropika berserta pusat peranginan bergunung berapi, di mana korporat Tediore sedang melancarkan pencerobohan sulit.

10 September turut akan menampilkan Vault Hunter terbaharu Borderlands 4, iaitu Loveless.

  • Latar Belakang: Bekas penggodam syarikat Anshin yang kini menjadi pembunuh tebusan berbahaya.
  • Abiliti: Dilengkapi teknologi siber canggih, Loveless berkongsi minda dengan virus digital rekaannya sendiri. Virus ini mampu berubah menjadi bentuk fizikal untuk menyerang musuh, melakukan gangguan, atau menggodam teknologi musuh di medan perang.

Bounty Pack 5 akan melengkapkan kemas kini September dengan misi cerita baharu serta Vault Card 5. Maklumat lanjut tentnag pek ini akan dikongsi oleh Gearbox sebelum pelancarannya nanti.

Borderlands 4 boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC (menerusi Steam dan Epic Games Store).

Tags: Borderlands 4DLC
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

Next Post

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
MARVEL Tōkon: Fighting Souls – Phoenix Cyclops Diperkenalkan Sebagai Watak DLC Pertama
DLC

MARVEL Tōkon: Fighting Souls – Phoenix Cyclops Diperkenalkan Sebagai Watak DLC Pertama

July 24, 2026
Next Post
Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Reviu KAZUMA KANEKO'S TSUKUYOMI - Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd