Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Pocketpair mengumumkan bahawa game survival crafting open-world mereka, Palworld, bakal keluar dari fasa Early Access menerusi pelancaran rasmi Version 1.0 pada 10 Julai 2026. Versi ini akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Pengumuman tarikh dibuat seiring dengan pendedahan cinematic trailer pertama game tersebut di Summer Game Fest 2026. Video di atas memberikan gambaran awal tentang kawasan yang sebelum ini tidak boleh diterokai… terutamanya World Tree misteri, yang selama ini hanya dapat dilihat di langit sejak game ini mula dilancarkan. Selain itu, update ini bakal membawakan sejumlah Pal baharu untuk ditangkap, kawasan baharu untuk diterokai, serta plot cerita tentang ancaman besar yang sedang menanti pemain.

A hat trick from our brand new Pal, Dupin!🎩
Palworld 1.0  launches on Thursday, July 10! pic.twitter.com/AqCVJ44CTJ

— Palworld (@Palworld_EN) June 9, 2026

Palworld mula diperkenalkan dalam fasa Early Access untuk PC dan Xbox pada 19 Januari 2024, sebelum tiba di PlayStation 5 pada 24 September 2024. Sepanjang dua tahun ini, maklum balas daripada komuniti telah membantu Pocketpair menambah baik game ini melalui pelbagai update, sekali gus mempersiapkannya untuk pelancaran penuh tersebut.

You do NOT need to wipe your data for Palworld 1.0!

…but you should😇

Players can continue their existing saves if they wish, as we want to respect the time and effort you have put in.
However, due to the large number of changes to the game, including overhauls to mechanics… pic.twitter.com/dVCoQ5gKAN

— Palworld (@Palworld_EN) June 7, 2026

Dengan perubahan besar yang bakal dibawa oleh Palworld Version 1.0, Pocketpair turut menjelaskan bagaimana status kemajuan pemain akan dikendalikan. Pihak studio mengesahkan bahawa save file sedia ada tidak akan dipadamkan dan boleh dibawa terus ke versi penuh. Walau bagaimanapun, pihak pembangun sangat menggalakkan pemain untuk memulakan semula pengembaraan dengan watak baharu. Ini kerana rombakan besar-besaran terhadap core mechanic dan sistem progression akan memberikan pengalaman playthrough yang jauh lebih memuaskan dan seimbang secara keseluruhan.

Bagi meraikan pelancaran penuh ini, Palworld ditawarkan pada harga diskaun 25 peratus di Steam. Promosi masa terhad ini berlangsung sehingga 10 Jun 2026.

Tags: Palworld
ShareTweetSend
Previous Post

Wo Long 2: Wings of Ember Bakal Menguji Refleks Pemain Pada 2027

Next Post

Reviu ROG Zephyrus G16 (2026) – Harga ‘Kayangan’, Tapi Prestasi Terlebih Puas Hati!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Reviu ROG Zephyrus G16 (2026) – Harga ‘Kayangan’, Tapi Prestasi Terlebih Puas Hati!

Reviu ROG Zephyrus G16 (2026) - Harga 'Kayangan', Tapi Prestasi Terlebih Puas Hati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd