Pistol dan shotgun, dua senjata yang paling kuat dalam game Apex Legends telah pun kena nerf iaitu Wingman dan Peacekeeper. Sudah menjadi kebiasaan ramai pemain Apex Legends untuk menggunakan salah satu ataupun kedua-duanya sebagai loadout utama mereka disebabkan keupayaan senjata tersebut yang memberikan damage yang tinggi. Kini, Respawn Entertainment telah umumkan update dan patch terbaru yang dibuat dalam usaha mengimbangkan game ini. Respawn juga menyenaraikan semua perubahan yang telah dibuat.
A balance update is now live on all platforms—head on over to the subreddit, let's talk about meta: https://t.co/x5KRt7nUAZ pic.twitter.com/eoVbrFqliA
— Apex Legends (@PlayApex) March 7, 2019
Antara perubahan dalam update tersebut:
- Wingman – Tembakan yang perlahan dan kurang tepat bila hip-firing. Damage headshot menggunakan skullpiercer juga dikurangkan dari 2.5 > 2.25
- Peacekeeper – Rate rechamber dikurangkan apabila shotgun bolt dipasang.
- Wingman & Peackeeper akan dikurangkan spawn rate dia.
- Caustic punya trap ditingkatkan damage dia.
- Energy ammo akan lebih banyak dijumpai di seluruh tempat.
Salah seorang daripada developer Respawn berkata, perubahan tersebut dibuat agar perubahan tidak berlaku secara kerap serta ujikaji yang baik dapat memberikan impak perubahan yang lebih tinggi kepada pemain.
Ketika ditanya ramai pemain kenapa pistol Mozambique tidak di-buff, jawapan yang diberikan oleh mereka ialah “Kami sukakan memes ‘Bique, dan tak nak kehilangan semangat itu”. Nampaknya, Respawn pun nak bergurau dengan kita. Tapi secara serius, mereka sebenarnya berkata, “Setiap senjata ada kelemahan masing-masing, dan sesetengah senjata memang sengaja dibuat kurang kuat demi ‘Power Curves‘.” “Power Curves bermaksud senjata yang lemah memang akan banyak dalam game dan senjata yang kuat pula akan berkurangan serta susah untuk dijumpai.” Jadi, jawapan yang diberikan Respawn ni sebenarnya agak munasabah, tapi penulis masih akan pilih untuk gunakan penumbuk daripada pistol Mozambique.
Respawn mendengar semua maklum balas yang diberikan oleh pemain dan masih dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan mereka dalam game Apex Legends ini. Selain itu, Respawn juga akan adjust hitbox untuk tiga karakter dalam game ini mulai season pertama. Kalau korang nak baca kesemua perubahan secara menyeluruh, boleh pergi ke subreddit!
@gamersantaimy
Discussion about this post