EA dan Koei Tecmo akhirnya telah dedahkan gameplay trailer untuk game terbarunya iaitu Wild Hearts yang bakal dilancarkan pada 17 Februari 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan juga PC.
Melalui video tersebut, mereka telah menunjukkan seekor raksasa besar yang menyerupai babi hutan. Kita dapat lihat beberapa mekanik ditunjukkan macam crafting system yang terkenal di Fortnite, di mana ia membenarkan pemain untuk membina pelbagai jenis barang seperti kotak untuk melompat lebih tinggi, papan anjal dan juga peluncur.
Selain itu, terdapat juga binaan tukul gergasi dan bom yang mampu memberikan damage besar kepada raksasa tersebut. Antara yang paling menarik minat saya adalah binaan yang berunsurkan pertahanan. Pemain boleh membina dinding yang keras dan mampu untuk menahan serangan raksasa lalu menjatuhkannya.
Hanya terdapat tiga senjata yang boleh digunakan setakat ini berdasarkan video trailer tersebut iaitu pedang tradisional Jepun Katana, payung berduri dan set kunai yang boleh berubah menjadi shuriken gergasi.
Berikut adalah sedikit sebanyak tentang game Wild Hearts:
WILD HEARTS ditempatkan di Azuma, landskap fantasi yang diilhamkan pada zaman feudal Jepun. Binatang yang bergabung dengan alam semula jadi yang biasanya hidup dengan aman, kini telah mengamuk di seluruh kawasan luar bandar, mengubah persekitaran mereka dengan mengorbankan nyawa rakyat.
Korang boleh tengok gameplay trailer di bawah:
Wild Hearts akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan Origin pada 17 Februari 2023.
Jika anda ingin tahu banyak lagi berita tentang Wild Heart, boleh ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post