Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Wednesday Season 2 rasmi akan datang”, disahkan Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
“Wednesday Season 2 rasmi akan datang”, disahkan Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Netflix mengesahkan bahawa siri drama popular, Wednesday akan kembali untuk “Season 2”, hanya di Netflix. Malangnya, info tentang musim kedua tidak diberi tetapi maklumat tambahan akan dikongsi dalam masa terdekat. Untuk meraikan pengumuman itu, pihak Netflix telah memuat naik video untuk mengesahkan Wednesday Season 2.

Dalam temu bual eksklusif dengan pencipta/”showrunner”/penerbit eksekutif Tudum.com, Alfred Gough dan Miles Millar berkata:

“Sungguh luar biasa untuk mencipta rancangan yang berhubung dengan orang di seluruh dunia. Kami teruja untuk meneruskan perjalanan berliku Wednesday ke musim kedua. Kami tidak sabar untuk menyelam terlebih dahulu ke musim lain dan menerokai dunia Nevermore yang menyeramkan.

Bagi mereka yang tidak tahu, Wednesday adalah siri televisyen seram komedi supernatural berdasarkan watak Wednesday Addams oleh Charles Addams. Dicipta oleh Alfred Gough dan Miles Millar, ia dibintangi Jenna Ortega sebagai watak utama. Rancangan itu memiliki total lapan episod di mana empat daripada episod tersebut diarahkan oleh Tim Burton, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Wednesday Addams dibuang sekolah selepas meletakkan ikan piranha hidup ke dalam kolam sekolah sebagai rancangan balas dendam terhadap pasukan polo air lelaki yang membuli adiknya, Pugsley.

Oleh itu, ibu bapanya, Gomez dan Morticia Addams, mendaftarkannya di Nevermore Academy, sebuah sekolah swasta untuk pelajar supernatural yang terletak di bandar Jericho, Vermont. Sikap Wednesday umumkan sangat dingin dan tidak berperasaan yang membuatkan keadaan menjadi susah untuk dia berhubung dengan rakan sekolah.

Bagaimanapun, Wednesday telah mewarisi kebolehan psikik ibunya yang sepatutnya dapat membantu apabila dia tiba-tiba terlibat dalam kes pembunuhan misteri di bandar Jericho.

Sinopsis

Sejak ditayangkan pada November 2022, siri Wednesday kini merupakan salah satu siri paling berjaya di Netflix. Antara pencapaiannya adalah Wednesday berjaya menduduki kedudukan #2 dalam senarai TV Paling Popular (Bahasa Inggeris) dengan tontonan 1.237 Bilion jam dalam 28 hari pertama.

Bukan itu sahaja, siri ini juga menduduki Senarai 10 Siri Bahasa Inggeris Terbaik di Malaysia sejak dikeluarkan pada November selam enam minggu berturut-turut.


Jika berminat, anda boleh menonton Wednesday Season 1 sekarang di Netflix. Untuk segala liputan kami tentang siri Netflix, sila tekan pautan ini.

Tags: netflixsiriWednesdayWednesday Season 2
Previous Post

Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!

Next Post

Nikmati rebat sehingga RM2,000 semasa promosi MSI Tahun Baru Cina – sekarang hingga 29 Jan 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Nikmati rebat sehingga RM2,000 semasa promosi MSI Tahun Baru Cina – sekarang hingga 29 Jan 2023!

Nikmati rebat sehingga RM2,000 semasa promosi MSI Tahun Baru Cina - sekarang hingga 29 Jan 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd