Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warner Bros. Menyesal Lepaskan Filem Zack Snyder’s Justice League!

Maira by Maira
August 30, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Warner Bros. Menyesal Lepaskan Filem Zack Snyder’s Justice League!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2021 yang lalu, Warner Bros (WB) telah melepaskan Zack Snyder’s Justice League di pawagam setelah ramai peminat berkempen supaya filem tersebut ditayangkan. Nampaknya sekarang Warner Bros. sendiri rasa menyesal kerana berbuat demikian. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Dilaporkan oleh Variety, eksekutif Warner Bros. kini menyesal melepaskan Justice League Snyder Cut kerana peminat nampaknya inginkan sesuatu seperti Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas menontonnya. Perkara ini telah membuatkan orang atasan Warner Bros. runsing.

Pada mulanya filem Zack Snyder’s Justice League dikeluarkan setelah ramai peminat meminta WB untuk lepaskannya. Mereka juga ingin melihat sendiri imej Justice League yang dibawa oleh Zack Snyder. Memandangkan filem Justice League yang diarahkan oleh Joss Whedon pada tahun 2017 tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat malah prestasinya dalam box office sangat teruk. Sebab itulah bermulanya kempen “#ReleaseTheSnyderCut” daripada peminat.

Warner Bros Justice League

Filem yang berdurasi lebih empat jam itu akhirnya dilepaskan oleh WB. Niat mereka hanya untuk memuaskan hati peminat sebelum menyambung semula rancangan lain mereka untuk DC. Nampaknya peminat masih tidak puas hati dan mula meminta WB untuk hasilkan filem spinoff daripada Snyder cut.

Sejak itulah Warner Bros. bergelut dengan masalah berkaitan filem tersebut . Zack Snyder juga nampaknya tidak menyambung mana-mana projek DC malah mengeluarkan filemnya tersendiri di Netflix. Rasa menyesal itu nampaknya terlampau tinggi sehingga ketua WB sendiri mula menafikan kewujudan filem tersebut malah menyatakan bahawa Justice League versi 2017 sahaja yang diakui oleh WB.

Memang tidak dinafikan Justice League Snyder Cut memang lebih baik berbanding versi 2017. Sudah tentu ia membuatkan ramai peminat meminta sesuatu yang menghubungkan semua hero-hero DC. Tetapi rancangan DC yang dikeluarkan kebanyakannya berlaku dalam universe masing-masing. Kalau WB cuba untuk hubungkannya, memang banyak kerja yang mereka perlukan. Baru-baru ini, mereka juga sudah menjumpai seseorang untuk hasilkan filem seperti MCU. Kita nantikan sahaja bagaimana projek DC ini dikembangkan nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: dcJustice LeagueWarner BrosZack Snyder's Justice League
Previous Post

AMD Ryzen 7000 Series diumumkan, bakal lancar pada 27 September 2022

Next Post

Digi X Pokemon Go – Kedai Digi bertukar jadi “Gym” bermula 3 September 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Digi X Pokemon Go – Kedai Digi bertukar jadi “Gym” bermula 3 September 2022!

Digi X Pokemon Go - Kedai Digi bertukar jadi "Gym" bermula 3 September 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd