Presiden Shuntaro Furukawa Nintendo Co. Ltd di HQ Minami-ku, Kyoto baru sahaja melancarkan “Nintendo Switch Lite Coral” yang merupakan warna baru Nintendo Switch Lite mobile-sahaja dan akan berada dipasaran Jumaat, 20 Mac 2020. Tetapi pengumuman hanya menyatakan ianya akan keluar di Jepun dahulu.
Sebelum ini pelancaran rasmi Nintendo Switch Lite telah menampilkan 3 pilihan warna yang menarik iaitu turquoise, gray,dan yellow. Kini warna Coral yang sangat lembut dan bakal menjadi pilihan pemain perempuan ini bakal membuka tempahan pada Sabtu, 7 Mac 2020.
Nintendo Switch Lite adalah konsol permainan yang kecil, ringan dan mudah alih bersama controller yang bersepadu. Dengan penambahan warna baru ini, pasti akan menambah lebih ramai lagi peminat untuk membelinya selepas pelancaran rasmi Nintendo Switch Lite pada 20 September tahun lalu.
Ringkasan Produk
Nama Produk | Nintendo Switch Lite Coral |
---|---|
Tarikh Pengeluaran | 20 Mac 2020 / Jepun (Tempahan bermula 7 Mac 2020) |
Harga | 19,980 yen (anggaran RM757)+ tax |
Dalam masa yang sama, sebuah pengumuman turut dinyata bahawa setiap penghantaran untuk market domestic akan ditundakan bagi mengelak dari jangkitan Coronavirus yang kini melanda seluruh dunia dari Wuhan. Demi keselamatan pembeli, penghantaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga akhir Mac ini.
Untuk lebih lanjut mengenai Nintendo Switch Lite anda boleh terus ke laman web rasminya. Jadi jangan tutup sebelah mata, dapatkan Nintendo Switch Lite berwarna Coral yang nampak ayu cantik dan menarik ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post