Setelah beberapa tahun sejak pengumumannya serta pelancaran kecil di beberapa negara, game mobile Warcraft Rumble oleh Blizzard Entertainment nampaknya bersedia untuk menemui pemain-pemain di seluruh negara. Diumumkan melalui akaun rasmi Twitter, Warcraft Rumble kini membuka pra-daftar melalui App Store dan Google Play! Anda yang ingin bermainnya, bolehlah ke gedung aplikasi masing-masing sekarang!
Untuk anda yang tidak mengenali game ini, ia merupakan sebuah game mobile action strategy di mana Warcraft Mini dikumpul dan bertarung dalam pertempuran melee. Tidak kiralah apa yang anda pilih untuk mainkan, sama ada kempen single-player atau PvP, bersedia untuk alami pengalaman baharu yang penuh kucar-kacir!
Apabila anda pra-daftar melalui App Store atau Google Play, anda boleh mendapatkan item mecha hebat untuk digunakan semasa pertempuran nanti. Bukan setakat itu sahaja, ada juga item untuk anda sesuaikan akaun anda apabila game lancar secara rasmi!
Tetapi sebelum itu, anda perlu lihat jika peranti anda boleh mainkan game ini atau tidak. Anda boleh rujuk spesifikasi minimum untuk Warcraft Rumble di bawah:
iOS
- iPhone 6s dan keatas
- iOS 13 dan keatas
- RAM – 2GB of RAM dan keatas
Android
- CPU – Snapdragon 675 / Exynos 8890 dan keatas
- GPU – OpenGLES 3.1 dan keatas
- Adreno 612 / Mali-T880 MP12 dan keatas
- Android 5.1 (API level 22) dan keatas
- RAM – 3GB of RAM dan keatas
Siap sedia untuk tekan butang, masukkan Mini kegemaran anda serta lompat ke Warcraft Rumble yang penuh aksi menyeronokkan ini! Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post