Walaupun menerima ancaman maut, sebuah studio indie enggan menapis permainannya yang dianggap terlalu “eksplisit”!

Sejak mengumumkan pelancaran Sense – A Cyberpunk Ghost Story di Nintendo Switch, penerbit Top Hat Studios telah menerima banyak mesej yang menuntut studio untuk menapis kandungan dalam permainan terbaru mereka. Apakah jawapan Top Hat Studios kepada mesej-mesej ini?

“Permainan ini tidak akan ditapis. Kami menolak secara tegas.”

Sense – A Cyberpunk Ghost Story adalah permainan “side-scrolling” seram yang dilancarkan di Steam pada 25 Ogos 2020 kepada banyak ulasan positif. Namun, setelah mengumumkan rancangan mereka untuk mengadaptasikan permainan ke Nintendo Switch, studio ini diminta oleh netizen yang marah untuk menapis kandungan permainan.

Walaupun ada beberapa permainan Jepun seperti Final Fantasy 8 Remaster yang sering menghadapi isu penapisan sebelum pelancaran global, Top Hat Studios berdiri teguh dengan keputusan mereka dalam sebuah pernyataan rasmi di Twitter.

Pelbagai ancaman seperti “review-bombing” dan isu pengedaran diajukan, tetapi Top Hat Studios bertindak balas dengan mempertahankan kebebasan kreatif para pemajunya untuk melindungi integritasi permainan. Antara tuntutan tentang Sense – A Cyberpunk Ghost Story termasuk permainan yang mengandungi “pornografi eksplisit,” “mendorong keganasan,” dan “melanggar undang-undang.”

Penapisan telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat dan pemaju sejak beberapa tahun ini. Ada pihak yang melihat penapisan sebagai sesuatu yang membahayakan kreativiti para pemaju, manakala ada seperti Junzo Hosoi (Atelier Ryza 2: Lost Legends and the Secret Fairy) yang melihatnya sebagai alat berguna untuk sebuah permainan memasuki mana-mana pasaran. Sebelum mendapat reaksi negatif ini, Top Hat Studios meraih sokongan yang tinggi untuk permainan sejak kempen Kickstarter mereka yang berjaya pada tahun 2018.

Bagi mereka yang tidak tahu, Sense – A Cyberpunk Ghost Story mengisahkan Mei Lin Mak ketika dia berusaha menyelesaikan sebuah misteri rahsia berusia satu abad dalam runtuhan Chong Sing Apartmesensent. Pemain ditugaskan untuk mengusir hantu, dan bukannya melawan mereka, dalam usaha untuk menolong hantu-hantu tersebut bersemadi dengan aman.

Sense – A Cyberpunk Ghost Story kini tersedia di Steam dan akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 7 Januari.

Sense - A Cyberpunk Ghost Story
Publisher: Top Hat Studios
Developer: Top Hat Studios
Release Date: 2020-08-25
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Sense - A Cyberpunk Ghost Story mengisahkan Mei Lin Mak ketika dia berusaha menyelesaikan sebuah misteri rahsia berusia satu abad dalam runtuhan Chong Sing Apartment. Pemain ditugaskan untuk mengusir hantu, dan bukannya melawan mereka, dalam usaha untuk menolong hantu-hantu tersebut bersemadi dengan aman.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.