Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Walaupun Berdua, Masih Seram” – Bagaimana Mod Co-Op Mencorakkan Little Nightmares III, Menurut Produser

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2025
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Walaupun Berdua, Masih Seram” – Bagaimana Mod Co-Op Mencorakkan Little Nightmares III, Menurut Produser
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Little Nightmares bersedia untuk berkembang sekali lagi, menjemput para pemain untuk sekali lagi menyelami atmosferanya yang unik, meresahkan, dan kelam namun mempesonakan.

Dalam entri terbaharu, Little Nightmares III, pembangunan kini diterajui oleh Supermassive Games, yang menampilkan watak utama serba baharu iaitu Low dan Alone, di samping mod online co-op yang pertama untuk francais ini.

Produser Coralie Feniello | Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kami berpeluang menemu bual Produser Coralie Feniello, yang berkongsi tentang butiran rekaan kompleks di sebalik game baharu, perkembangan gameplay, dan juga tema-tema ketakutan yang kekal menjadi identiti siri ini.

Sebuah Perjalanan Melalui The Spiral

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam Little Nightmares III, pemain akan dibawa mengembara ke sebuah kawasan baharu yang luas di Nowhere, yang dinamakan The Spiral.

Pilihan lokasi ini bertujuan untuk memperluas lagi skop dunia permainan tersebut, dengan menyajikan pelbagai tempat berlainan yang menghantui, kesemuanya dihubungkan melalui satu naratif yang konsisten.

“Dengan The Spiral, kami ingin menunjukkan bahawa dunia Little Nightmares adalah besar dan memperkenalkan kawasan yang lebih luas di Nowhere,” jelas Feniello. “Sebuah tempat yang akan mempunyai atmosfera, persekitaran dan musuh-musuh yang berbeza untuk ditemui oleh pemain.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pengembaraan ini akan menyaksikan pemain merentasi pelbagai persekitaran yang ganjil lagi menyeramkan, termasuk runtuhan gurun di The Necropolis, sebuah kilang gula-gula yang pelik, serta karnival yang menyesakkan.

Setiap peringkat ini dibina bukan sekadar untuk tampil berbeza dari segi visual, malah turut disepadukan dari aspek tema dan mekanik gameplay.

Feniello menyatakan, “setiap lokasi dalam game ini mempunyai kisahnya yang tersendiri, dan kami cuba mewujudkan kaitan antara cerita serta konteks keseluruhan sesuatu tempat dengan elemen-elemen gameplay yang ada dalam bab tersebut.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Inti penceritaan baharu ini terletak pada hubungan antara kedua-dua watak utamanya, Low dan Alone. Sama seperti Mono dan Six dalam siri terdahulu, pengembaraan mereka berdua saling terikat.

“Game ini, sama ada dimainkan secara solo atau online co-op, menampilkan Low dan Alone sebagai dua sahabat yang saling membantu dalam usaha mereka untuk melarikan diri dari The Spiral,” kata Feniello.

Persahabatan ini adalah antara elemen yang paling beliau nanti-nantikan untuk dialami oleh para peminat, dan beliau turut membayangkan bahawa babak kesudahan game adalah bahagian kegemaran peribadinya.

“Saya rasa bab kegemaran saya adalah bab yang terakhir,” akui beliau. “Saya tidak sabar untuk para peminat mengetahui kisah penuh Little Nightmares III dan hubungan antara Low dan Alone.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk peminat yang mengikuti lore siri ini, Feniello menjelaskan bahawa meskipun judul kali ini membawakan sebuah pengembaraan baharu yang tersendiri, ia masih mempunyai perkaitan dengan dunia Little Nightmares yang lebih besar.

“Walaupun ceritanya sama sekali berbeza, dan pemain tidak perlu bermain game sebelumnya, mungkin terdapat beberapa rujukan yang akan disedari oleh peminat francais ini.”

Kengerian Co-op dan Ikhtiar Hidup Solo

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Perubahan paling besar dalam Little Nightmares III ialah pengenalan mod online co-op untuk dua pemain. Ciri inilah yang menjadi asas rekaan gameplay sejak mula lagi, dengan pasukan pembangunan mengutamakan pengalaman bermain secara berpasukan.

“Kami bermula dengan mereka bentuk bab dan teka-teki dalam mod multiplayer untuk memastikan kami menangani cara baharu untuk menikmati Little Nightmares ini,” kata Feniello.

Dinamik yang segar ini membuka ruang kepada cara penyelesaian teka-teki yang baharu, di mana Low dan Alone masing-masing mempunyai barangan unik yang menggalakkan kerja berpasukan. Ini seterusnya menghasilkan “fasa-fasa gameplay asimetri di mana setiap pemain perlu melakukan tindakan yang berbeza untuk maju.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Meskipun mod co-op menjadi tumpuan, pasukan pembangun tetap memastikan pengalaman bermain secara solo juga sama seronoknya. Mereka telah melakukan sesi uji main yang kerap untuk mendapatkan keseimbangan bagi kedua-dua mod permainan.

“Kami sememangnya bekerja keras untuk memastikan teka-teki ini menyeronokkan tidak kira cara mana pemain memilih untuk bermain,” tegas Feniello.

Bagi pemain yang ingin menjelajahi The Spiral secara solo, watak kedua akan dikawal oleh rakan AI. Dengan penambahbaikan daripada sistem AI rakan dalam Little Nightmares II, pasukan pembangun telah berusaha untuk menjadikan watak tersebut lebih hidup dan meyakinkan.

“Dalam mod single-player, anda juga akan dapat melihat beberapa animasi khusus yang membuatkan mereka terasa lebih hidup dan menyerlahkan sedikit lagi personaliti mereka,” tambah beliau.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Ketika memperkenalkan mekanik-mekanik baharu ini, pasukan pembangun tetap berhati-hati agar tidak terkeluar daripada identiti asas siri tersebut. Mereka berdepan cabaran untuk melakukan inovasi tanpa menjejaskan tempo dan gaya unik yang sudah sebati dengan peminat.

“Kami sentiasa cuba memikirkan apa yang masuk akal untuk game ini, dan lore-nya,” kata Feniello, “kerana meletakkan dua orang kanak-kanak dalam dunia yang sangat tidak mesra akan memberi anda jenis cabaran tertentu.”

Konsep ini juga diguna pakai untuk kebolehmain semula; biarpun jalan cerita utamanya tidak berubah, pengalaman gameplay boleh menjadi berbeza.

“Teka-teki & beberapa detik dalam game akan menyaksikan pemain melakukan tindakan yang berbeza berdasarkan watak yang anda mainkan,” yang mampu memberikan sudut pandang berlainan jika dimainkan sekali lagi.

Seni “Seram Menawan”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Little Nightmares III mengekalkan legasi siri ini dalam membawakan genre “seram menawan,” satu frasa yang digunakan Feniello bagi menggambarkan estetika uniknya.

Aspek seramnya tidak bergantung pada jump scare, sebaliknya ia berfokus pada pembinaan suasana tertekan dengan “meletakkan dua orang kanak-kanak dalam dunia yang tidak dicipta untuk mereka dan menakutkan.”

Sumber ketakutan dalam game ini diilhamkan daripada fobia universal dan zaman kanak-kanak, dengan menukar perkara lazim kepada sesuatu yang menggerunkan.

Creep carefully, little ones… No one gets to toddle through Monster Baby’s playground without a little game of hide and seek.

Watch this first pre-alpha gameplay walkthrough of the Necropolis: https://t.co/MxhMNdIP49 #LittleNightmares III pic.twitter.com/aZEM06rVTO

— Little Nightmares III (@LittleNights) October 27, 2023

Watak-watak baharu seperti Monster Baby gergasi, adalah cerminan falsafah ini. Musuh tersebut, sama seperti watak The Teacher yang terkenal dalam game kedua, bermain dengan idea untuk mengambil sesuatu yang tampak suci lalu mengubahnya menjadi amat menakutkan.

“Kebanyakan tempat dan penghuni Little Nightmares adalah berdasarkan ketakutan zaman kanak-kanak,” kata Feniello.

Falsafah yang sama turut diterapkan pada rekaan persekitaran seperti Carnevale, yang mampu membangkitkan ketakutan yang kekal hingga ke usia dewasa.

“Carnevale sebagai contoh bukan sahaja sesuatu yang mungkin ditakuti oleh kanak-kanak, malah sesetengah orang dewasa pun boleh berasa takut dengan cahaya, bunyi bising dan suasana yang menyesakkan.”

Keaslian ini terhasil daripada pengalaman peribadi pasukan kreatif sendiri, seperti yang disahkan oleh Feniello bahawa “pelbagai orang daripada pasukan ini telah menyemai sebahagian daripada ketakutan dan perasaan mereka sendiri ke dalam game ini.”

Platform dan Pengembangan Francais

Menyentuh tentang pelancaran game ini nanti, Feniello turut berkongsi sedikit tentang aspek teknikal, khususnya yang berkaitan dengan konsol Nintendo Switch.

Beliau mengesahkan bahawa versi untuk konsol yang digembar-gemburkan, “Nintendo Switch 2,” sedang dalam pembangunan, yang mana “membolehkan kami untuk lebih mendekati visual versi Gen 9 kerana ia mempunyai perkakasan yang lebih berkuasa.”

Namun, beliau pantas meyakinkan semua pemain dengan menyatakan, “kami bekerja keras untuk memastikan game ini akan dapat dinikmati di kedua-dua konsol, baik yang lama mahupun Gen 9 semasa.”

At every turn. At every corner. There's nowhere left to run, it's in your hands.

Nintendo Switch and Nintendo Switch 2 preorders for #LittleNightmares III are open: https://t.co/XF8Af9Q4gv pic.twitter.com/w4NJoVsU6W

— Little Nightmares III (@LittleNights) September 4, 2025

Berkenaan hala tuju francais ini, walaupun tumpuan utama pasukan pembangun kini adalah pada pelancaran Little Nightmares III, dunia francais ini sememangnya sedang diperluaskan.

“Kami kini telah berkembang ke media baharu,” kongsi Feniello. “Podcast The Sounds of Nightmares telah meneroka sedikit tentang The Counties… Kami juga mempunyai game VR yang sedang dibangunkan, serta projek buku komik dan stop motion, yang akan memaparkan tempat-tempat baharu, cerita-cerita baharu dalam francais Little Nightmares.”

Ini memberi gambaran bahawa pengembaraan Low dan Alone bukanlah penamatnya, kerana masih banyak lagi mimpi ngeri yang sedia untuk diterokai.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini bakal dilancarkan pada 10 Oktober 2025 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch 2, Nintendo Switch, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Anda juga boleh membaca previu terkini kami di SINI.

Tags: interviuLittle Nightmares III
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Digimon Story Time Stranger Akan Tiba 11 September, Data Boleh Dipindahkan Ke Game Penuh

Next Post

Previu Little Nightmares III – Mimpi Ngeri Ini Memerlukan Kerjasama Berpasukan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Little Nightmares III – Mimpi Ngeri Ini Memerlukan Kerjasama Berpasukan

Previu Little Nightmares III - Mimpi Ngeri Ini Memerlukan Kerjasama Berpasukan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd